Nyamuk, Musuh Yang Menumbangkan Mongol
Perseteruan manusia dan nyamuk bukan sahaja dapat dilihat di dalam kisah Nabi Ibrahim dan Raja Namrud, malah Mongol pun tewas dengan nyamuk ni.
Apa yang nyamuk dah buat pada Mongol?
Ögedei Khan, menjalankan ekspedisi ke Eropah dari 1236 melalui timur Rusia, negara-negara Baltik, Poland dan Hungary menuju ke Budapest dan Sungai Danube pada Krismas 1241. Mereka meneruskan jajahan ke selatan.
Bekas Perdana Menteri Britain Sir Winston Churchill menulis,“Jerman dan Austria pada ketika itu menanti masa menjadi mangsa mereka. Tetapi…
pemimpin Mongol segera bergerak pulang ribuan batu ke ibu kota mereka, Karakorum… dan Eropah Barat terselamat.” Dan pada 1242, mereka meninggalkan Eropah dan tak kembali lagi.
Pelik, sebesar-besar Mongol tak mampu tawan Eropah. Musim bunga dan musim panas 1241 agak luar daripada biasa kerana cuaca amat lembap dan hujan kerap turun. Kawasan padang rumput Magyar yang kering di Eropah Timur menjadi paya gambut seterusnya menjadi habitat kegemaran nyamuk malaria.
Mongol pula memang memerlukan padang-padang rumput sebagai sumber makanan kuda mereka. Nyamuk pun sakan la menyedut darah-darah tentera Mongol dan penyakit malaria menyerang tentera Mongol. Mereka pun berpatah balik dan Eropah gagal dikecapi Mongol.
Perkara yang sama turut dihadapi Kublai Khan yang cuba menawan Baitulmaqdis dan menjadi pengacau ketika Perang Salib Ketiga. Nyamuk malaria sekali lagi menyerang tentera Mongol di Syam. Berulang kali mereka berundur dan kesudahannya melenyapkan hasrat mendapatkan Baitulmaqdis.
Mongol masih tak mahu mengalah, masih mencuba meluaskan empayar mereka ke Asia Tenggara pula. Kerajaan Khmer bakal mangsa Mongol pada 1285. Walaupun kaya dengan hasil tanaman dan keajaiban Sungai Mekong, ia turut menjadi sumber utama Nyamuk Malaria membiak.
Sistem takungan untuk perdagangan dan penanaman padi serta cuaca dan banjir yang kerap mencipta syurga bagi pembiakan nyamuk. Kesilapan taktikal Kublai meneruskan serangan ketika musim malaria menyebabkan 90,000 tentera Mongol menjadi mangsa amukan nyamuk sepanjang perjalanan mereka ke Selatan China dan Vietnam.
20,000 tentera Mongol pulang ke Mongolia dalam keadaan tidak terurus mengakibatkan Kublai Khan membatalkan serangannya terhadap Khmer. Nyamuk juga menjadi punca jatuhnya Empayar Khmer pada 1400.
Empayar Mongol berpecah-belah kerana perang saudara, malaria dan kekalahan yang berlanjutan. Keinginan Mongol menjadi jelmaan Alexander The Great musnah. Banyak lagi faktor kegagalan Mongol. Nyamuk ni merupakan salah satu punca dari ribuan punca lain kegagalan Mongol dalam misi jajahan dan keruntuhan empayar mereka.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source