Berke Khan: Cicit Genghis Yang Melawan Bangsanya Demi Islam
Berke Khan, jarang kita dengar nama ini. Tak sepopular Genghis, Hulagu mahupun Kublai Khan. Tapi beliau sangat berjasa dalam mempertahankan Islam daripada dimusnahkan oleh Mongol sendiri.
Kisah Berke ni kena mula jauh sejak Genghis berumur 16 tahun dan masih bernama Temujin. Isteri Temujin iaitu Börte Hatun diculik dan dijadikan isteri seorang pahlawan lain. Beberapa bulan kemudian, Temujin berjaya selamatkan isterinya. Tak lama kemudian, isteri Temujin melahirkan seorang bayi lelaki bernama Jochi.
Pewaris takhta sepatutnya ialah Jochi. Tapi adik Jochi iaitu Chagatai ragu-ragu dan anggap abang dia ialah hasil anak luar nikah bukan bersama Genghis Khan ketika ibunya diculik.
Akhirnya, Chagatai dipilih dan Jochi disuruh oleh Genghis untuk kahwin dengan puteri Empayar Khawarizmi bernama Sultan Khatun.
Jochi dan Khatun dikurniakan 3 anak bernama Orda, Batu dan Berke. Mereka dilatih oleh Genghis namun dipulau saudara mara lain.
Berke memeluk Islam ketika pulang dari ekspedisi di Eropah Timur ke Mongol. Beliau bersoal jawab tentang kebenaran Islam bersama Syeikh Saifuddin Bakharzi. Seluruh panglima dan tenteranya memeluk Islam masa tu. Berke menjadi pemimpin Mongol pertama yang memeluk Islam.
Berke Khan mentadbir wilayah Golden Horde dan isytihar keluar daripada kekuasaan Empayar Mongol. Empayar Byzantine terpaksa tunduk di bawah Berke setelah menyerang mereka. Berke juga berjaya mengalahkan Hungary bersama Batu Khan dalam Pertempuran Mohi.
Pada 1258, sepupu Berke, Hulagu Khan menghancurkan Baghdad dan membunuh khalifah Abbasiyah, al-Musta’sim Billah serta orang ramai. Berita ini sampai kepada Berke. Beliau hantar surat kritikan kepada Mongke Khan.
Berke buat hubungan diplomatik dengan Dinasti Mamluk untuk halang Hulagu mengganas menghancurkan kerajaan Islam. Hulagu pulang ke Mongolia menyertai pemilihan Khan Agung yang baru. Tatkala itu, Mongol ditewaskan oleh Mamluk dan Berke di Ain Jalut.
2 tahun kemudian, Hulagu kembali menyerang Mamluk. Hulagu ingin menyerang Kaukasus dahulu yang merupakan wilayah Berke. Maka berlakulah pertembungan pertama Hulagu-Berke yang berlarutan beberapa tahun. Perang Toluid dikenali sebagai perang saudara pertama Empayar Mongol.
Pasukan Berke yang terus mengasak Hulagu dan tenteranya membuatkan mereka berundur dan membatalkan hasrat menghancurkan Mamluk. Terselamatlah Mamluk yang bertanggungjawab dengan amanah menjaga kota suci Mekah dan Madinah. Tanpa Berke, mungkin 2 kota suci ini bakal menerima nasib yang sama seperti Baghdad.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source