Apa Berlaku Pada Henry VIII Dan Isteri-isterinya?
Hangat pula topik kahwin ramai kebelakangan ni membuatkan saya teringat pasal Henry VIII yang berkahwin 6.
Bagaimana nasib isteri-isterinya? Bercerai, dipenggal, mati, bercerai, dipenggal dan yang terakhir terselamat.
Henry Tudor dilahirkan pada 28 Jun 1491. Memandangkan Henry ada seorang abang bernama Arthur, baginda tak boleh dijadikan raja.
Henry semasa 10 tahun mengatur supaya abangnya berkahwin dengan Catherine dari Aragon, yang merupakan puteri bongsu bagi Ferdinand II dari Aragon dan Isabella I dari Castille.
Tetapi 20 bulan selepas berkahwin, Arthur baru usia 15 tahun mangkat kerana epidemik misteri yang membadai England daripada tahun 1485 hingga 1551.
Henry terus jadi bakal pewaris takhta, sekali gus berkahwin dengan Catherine untuk mengekalkan persahabatan antara England dan Sepanyol. Namun Henry masih muda.
Ayahandanya Henry VII pun mangkat pada 21 April 1509, memberi laluan kepada Henry Tudor untuk dimasyhurkan sebagai Henry VIII.
Selepas majlis pengebumian, Henry VIII berkahwin dengan Catherine meskipun ada kemelut diplomasi kerana menolak pinangan Maharaja Jerman.
Kemasyhuran Henry VIII mengundang masalah, kerana bapanya tidak sempat melatih baginda. Selama ni Arthur yang dilatih dengan baik. Maka Henry VIII menjadi raja tanpa didikan.
Dua hari kemudian, Henry VIII tangkap dua orang menteri yang tak popular kerana terlalu banyak kenakan cukai. Richard Empson dan Edmund Dudley dijatuhkan hukuman mati kerana belot semasa bertugas. Hukuman bermotifkan politik ni ialah suatu kebiasaan semasa kepimpinan Henry VIII.
Hubungan baiknya dengan Catherine berantakan kerana asyik gugur kandungan. Sempat juga Catherine lahirkan anak tapi hidup dalam sebulan dua sahaja.
Kehamilan kelima membuahkan hasil, tetapi tak diredai Henry VIII kerana anak perempuan.
Henry VIII nak bercerai dengan Catherine. Bagi seorang raja, perceraian mesti dapat restu Vatican City.
Apabila Paus Clement Clement VIII taknak bagi restu, sekali gus menyebabkan pemisahan antara Katolik dan Gereja England.
Henry VIII kemudian berkahwin dengan Anne Boleyn sambil masih amalkan hidup kaki perempuannya. Seperti yang boleh dibayangkan, Henry VIII ada anak-anak luar nikah.
Henry Fitzroy merupakan anak angkara hubungan sulit antara Henry VIII bersama Bessie Blount.
Selepas Catherine, baginda kemudian berkahwin dengan Anne Boleyn sambil berhubungan sulit dengan Mary Boleyn yang merupakan perempuan simpanan paling disukainya.
Anne pula dituduh ada hubungan sulit dengan adik sendiri, George Boleyn. Tuduhan ni tak dapat dibuktikan, tetapi Anne diheret ke muka pengadilan atas dakwaan ini dan juga berzina dengan lelaki lain serta cubaan membelot.
Jane Seymour pula menjadi pasangan Henry VIII. Jane lahirkan pewaris takhta seterusnya iaitu Edward. Tapi Jane tak hidup lama dan meninggal dunia sebab jangkitan daripada uri yang melekat dan tak dikeluarkan selepas bersalin.
2 tahun Henry VIII tak menikah kerana reputasi buruk pada isteri-isterinya. Akhirnya Henry berkahwin dengan Anne of Cleves, seorang wanita Jerman yang menyokong Protestan. Tapi Henry rasa jijik dengan Anne dan kemudian diorang bercerai hanya 4 bulan selepas berkahwin.
Katherine Horward seorang wanita cantik dan sangat muda pula menjadi isteri seterusnya Henry VIII. Malangnya, atas sebab masa lalu Katherine yang merahsiakan bahawa beliau pernah berzina sebelum kahwin, maka Katherine tidak diampunkan oleh Henry VIII kerana ia dianggap sebagai sebuah pengkhianatan. Katherine dipenggal di Menara London pada 1542.
Dan isteri terakhir Henry VIII, Catherine Parr. Catherine dicatatkan sebagai Ratu England yang berkahwin sebanyak 4 kali dalam sejarah. Catherine menikah dengan Henry pada 1543 hingga Henry mangkat 4 tahun kemudian.
Nak tau keadaan monarki Eropah dan hubungan monarki setiap negara Eropah? Dapatkan segera KITAB TAMADUN EROPAH!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source