Topeng Mata Satu Coldplay Kait Dengan Dajjal?
Baru-baru ni, saya ternampak satu video di mana Chris Martin, vokalis Coldplay pakai topeng mata satu ketika konsert tetapi video ni diselitkan subtitle yang merepek dan sekali dengan Qunut Nazilah untuk menggerunkan penonton.
Geleng kepala saya tengok.
Kita lihat satu persatu apa sebenarnya yang dipersembahkan oleh Coldplay ni.
Pertama sekali, isyarat tangan yang dibuat sebenarnya merujuk kepada bahasa isyarat yang digunakan oleh orang kurang upaya.
Coldplay buat macam ni supaya peminat-peminat diorang yang ada masalah pendengaran ni boleh faham apa yang disampaikan pada lagu diorang.
Macam di dalam video ni, sebenarnya lagu yang dimainkan ialah lagu Something Just Like This. Bukannya dia suruh sembah Dajjal. Aduh.
Lagu Something Just Like This ni pun memang takde kena mengena dengan Dajjal. Kalau nak bedah sikit lrik lagu dia, liriknya menceritakan pasal kita tak perlu jadi luar biasa macam Superman atau apa saja untuk menyayangi dan disayangi seseorang.
Ia hadir dalam bentuk cinta yang paling dalam dan paling murni. Sebuah mesej yang sangat indah tapi disalah tafsir oleh orang yang gila dengan eskatologi.
Lagi satu, topeng mata satu atau yang korang selalu kaitkan dengan Dajjal.
Selain daripada ni, diorang pun pernah pakai kostum alien untuk promosi lagu diorang. Kenapa?
“Ini membuatkan kami rasa lebih bebas” kata Chris Martin.
Chris tambah lagi, “Alien dan semua benda tu hanyalah sebuah kiasan. Kami nak menggambarkan tentang kehidupan di Bumi tanpa menamakan nama kerana kami tak suka mengkritik atau menuding jari.”
“Tetapi kepala alien membawa maksud bahawa kami benar-benar percaya pada kesaksamaan semua orang dan semua makhluk. Oleh itu, apabila orang mengatakan bahawa mereka tak begitu faham, saya rasa itu OK, ia mungkin bukan untuk semua orang.”
“Ia hanya untuk beberapa minit. Ia membolehkan kami menjadi lebih bebas dan itulah sebab utama kami wujud hari ini — untuk bebas dan menggalakkan orang lain untuk bebas.”
Kesaksamaan semua orang. Kebebasan berkarya. Itu yang ditunjukkan oleh Coldplay. Bukan saya mahu membenarkan apa yang dibawa oleh Coldplay dalam “kesaksamaan dan kebebasan” tu. Benda-benda berkaitan tu kalau dah haram nak pertahankan apa lagi. Tapi bila sampai pada orang kita? Ini Dajjal, itu Dajjal.
Bukannya saya mahu menidakkan akhir zaman, tetapi ketaksuban pada sesuatu pun boleh mengundang padah pada diri sendiri. Kita disuruh hati-hati dengan fitnah Dajjal. Tapi diorang pulak yang fitnah si Dajjal tu. Adeh.
Pelik difikirkan balik. Tapi inilah yang kita katakan sebagai teori konspirasi. Orang Melayu ni memang minat betul bab-bab eskatologi sampaikan macam itu lah agama yang dianuti.
Pokok pangkalnya, kalau takut Dajjal, banyakkan ibadah. Bukannya tambah fitnah baru.
Betul ke Freemason, Illuminati dan Yahudi ni kuasai dunia sekarang ni?
Kami dah sangkal benda ni dalam MENCABAR TEORI KONSPIRASI. Ada topik khas yang dikupas secara mendalam untuk korang faham dan rungkai semua yang tersebar dalam internet ni. Dapatkan segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source