Jantung Kekal Sihat Dengan 3 Makanan Ini, Tinggi Serat & Berkhasiat
Ketibaan para menteri, menteri-menteri Kabinet disusuli kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra pada pagi ini untuk mempengerusikan mesyuarat khas seakan memberikan petanda terhadap ura-ura yang bertebaran sejak hujung minggu lalu; kononnya Perdana Menteri Malaysia itu akan meletakkan jawatan.
Malah, penganalisa politik pagi ini berpendapat, Perdana Menteri juga dijangka akan hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengesahkan status jawatannya itu.
Adakah kenyataan yang diberikan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof semalam adalah benar? Pertemuan dengan YDP Agong inilah momen sebenar yang akan menentukannya.
Ini kerana Perdana Menteri tidak pernah menyebut soal peletakan jawatan dalam masa terdekat ini walaupun didesak dari pelbagai sudut oleh pelbagai pihak.
Baiklah, sekiranya benar pun Perdana Menteri akan meletakkan jawatannya pada hari ini, apa sebenarnya yang akan berlaku kepada sistem politik kita dan negara Malaysia, secara amnya? Apa yang kita semua boleh jangkakan?
Pertama sekali, kita boleh jangkakan satu pengumuman khas dilakukan oleh beliau setelah selesai menghadap YDP Agong dan mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri. Mungkin ia akan dilakukan lewat petang ini atau pada malam ini sewaktu siaran berita perdana di televisyen.
Seorang jatuh, semua akan jatuh. Seandainya seorang Perdana Menteri Malaysia yang tidak mempunyai sokongan majoriti meletakkan jawatan, seluruh anggota Kabinet juga akan meletakkan jawatan masing-masing menerusi pengusulan pembubaran Parlimen berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan. Lalu, kerajaan Perikatan Nasional pada waktu ini akan ‘jatuh’ – which will make this mess – messier.
Tindakan itu bagaimanapun perlu mendapat persetujuan YDP Agong mengikut Perkara 40(2). Baginda boleh tidak bersetuju dengan usul pembubaran Parlimen disebabkan faktor pandemik COVID-19.
Sekiranya pembubaran Parlimen diteruskan, maka bermulalah kemelut politik dalam perebutan kuasa. Ini akan meletakkan beban kepada banyak perkara meruncing yang Malaysia sedang hadapi sekarang; terutamanya dalam hal pencegahan wabak COVID-19 menerusi program vaksinasi nasional.
Adakah semua pihak boleh berfikiran matang dan meletakkan kepentingan negara serta rakyat lebih hadapan berbanding soal jawatan dalam Kabinet? Hhm ~
Pada masa yang sama, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih memegang jawatan Pengerusi Perikatan Nasional yang merupakan parti kerajaan sekarang; sekiranya beliau tidak melepaskan jawatan itu sekali.
Ini bukanlah kali pertama Malaysia berdepan situasi seorang Perdana Menteri yang ingin meletakkan jawatannya. Kalau korang masih ingat pada Februari tahun lalu, Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad juga bertindak menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada YDP Agong.
Lalu, baginda telah melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang Perdana Menteri Interim mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri baharu.
Peletakan jawatan dan pertukaran Perdana Menteri juga pernah berlaku pada tahun 2003 di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Situasinya sedikit berbeza kerana kerajaan Barisan Nasional pada waktu itu masih mempunyai sokongan majoriti dan kekal sebagai kerajaan yang memerintah.
Tan Sri Muhyiddin Yassin masih boleh dilantik sebagai Perdana Menteri Interim. Itu pun sekiranya beliau bersetuju. Ada yang berpendapat individu paling layak memangku jawatan Perdana Menteri Interim dan seterusnya jawatan Perdana Menteri baharu ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Namun, korang juga harus ingat situasi tahun lalu di mana Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Dato’ Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dilantik untuk kedua-dua jawatan tersebut sewaktu Tun Dr Mahathir meletakkan jawatannya.
Apa yang pasti, YDP Agong akan sekali lagi memanggil satu-persatu nama pemimpin besar politik Malaysia untuk menghadap baginda di Istana Negara seperti yang pernah berlaku pada tahun lalu bagi menentukan siapakah yang mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.
Satu lagi persoalan yang bermain di minda warganet adalah sama ada Malaysia akan berdepan Pilihan Raya Umum selepas seorang Perdana Menteri baharu dilantik? Jawapannya, ya dan tidak. Perdana Menteri sekarang iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menasihati baginda untuk membubarkan Parlimen dan membuat Pilihan Raya Umum. Seperti yang kami sebutkan tadi, YDP Agong boleh bersetuju atau tidak ke atas usul ini. Ingat, YDP Agong tidak boleh melakukan keputusan ini bersendirian kerana baginda terikat dengan Perlembagaan Persekutuan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source