Kak KM kecewa bagasi diumpil! Hilang duit & beg mewah-“Sebelum ni pernah simpan RM100k selamat..”
Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli meluahkan rasa kecewa apabila duit hilang dan bagasinya diumpil ketika dalam perjalanan dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur, sekitar dua minggu lalu.
Anak kepada dramatis Normah Damanhuri berkata, dia mula menyedari kehilangan wang tunai berjumlah RM10,000 berserta tiga beg mewah berjenama yang dianggarkan bernilai RM16,000 yang diletakkan dalam bagasi berkenaan ketika tiba di rumah.
Akui Kak KM, dirinya memang sudah terbiasa membawa wang tunai dengan meletakkan ia di dalam bagasi ketika pergi ke mana-mana sahaja. Namun, tetap berada dalam keadaan selamat.
“Saya memang biasa bawa wang tunai dalam ‘luggage’ sebab sebelum ini pun saya pernah simpan RM100,000 dalam beg sama ke Eropah, tapi selamat.
“Masa menunggu, kami berempat diminta masuk paling akhir walaupun dah tempah ‘hotseat’, tengok-tengok bagasi kami diletakkan di bahagian belakang kerana ruang simpanan atas kami dah penuh.
“Waktu itu kita ikut saja tanpa syak, apabila sampai rumah, saya perasan dah ada kesan manakala isinya iaitu duit serta tiga lagi beg kecil jenama mewah lesap tinggal bra dan seluar dalam saja,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram Story.
Artikel lain: Kak KM difitnah, kenyataan diputar-belit – “Saya tak sejahil itu untuk perlekeh agama”
Apa yang membuatkan dirinya bertambah marah apabila panggilan yang dibuat kepada syarikat penerbangan berkenaan seolah-olah seperti malas dilayan.
Ceritanya, panggilan yang dibuat itu akan disambungkan ke bahagian lain yang langsung tidak diangkat.
“Saya kecewa, duit boleh kita cari tapi kepercayaan terhadap mereka (syarikat penerbangan) itu sudah tiada.
“Kalau diingat balik, memang saya pelik sebab kami menjadi penumpang akhir yang masuk pesawat selain beg diletak jauh ke belakang,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, kejadian tersebut seolah-olah sudah dirancang selain terdapat beberapa insiden yang dilihat sangat pelik kerana disajikan minuman banyak kali.
Dalam hantaran yang sama, Kak KM pada awalnya enggan mendedahkan kejadian tersebut, namun terpaksa dikongsikan sebagai pengajaran buat semua orang.
“Selama ini saya percayakan syarikat berkenaan, namun bagai ada yang tak kena sepanjang penerbangan lebih dua jam itu.
“Beg diumpil dengan benda tajam macam pisau, mana mungkin penumpang boleh membawa barang sebegitu naik pesawat?
“Harap ada rakaman CCTV (kamera litar tertutup) sebab saya nak tahu macam mana kejadian begini boleh berlaku,” luah Kak KM.
Kak KM berkata, aporan polis telah dibuat pada 29 November lalu kerana ia melibatkan lebih RM26,000.
Malah, dia juga sudah mengajukan aduan rasmi serta menuntut ganti rugi atas kecuaian kakitangan syarikat penerbangan tersebut.
Sumber: Instagram @lianarosli_official
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source