Kejohanan antarabangsa DOTA 2 kembali! Rebut pulangan hadiah tunai RM4.6 juta
Kejohanan antarabangsa DOTA 2 kini kembali buat tahun keempat dan berlangsung di arena Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur bermula 11 hingga 17 Disember ini.
Difahamkan, sebanyak 12 pasukan DOTA terbaik dunia bersaing bagi merebut satu daripada enam tempat di Playoffs serta membawa pulang hadiah tunai 1 juta USD (RM 4.6 juta).
Antara pasukan yang bertanding bagi merebut pulangan lumayah disediakan adalah seperti Team Falcons (dari Timur Tengah & Afrika Utara), Invictus Gaming (China), LGD Gaming (China), Azure Ray (jemputan dari China), 9Pandas (Eropah Timur), Betboom Team (Eropah Timur), Blacklist Rivalry (Asia Tenggara) dan lain lagi.
Pengarah Urusan ESL Malaysia di ESL FACEIT Group, Caitlin Kang berkata, pihaknya berbesar hati diberi peluang untuk mempamerkan pasukan DOTA 2 terbaik dunia kepada peminat permainan video tersebut di Malaysia dan dari seluruh rantau.
“Dengan hadiah terkumpul USD 1 ,000,000 pada tahun ini dan lokasi yang lebih mudah diakses, kami sedia untuk menyambut ribuan peminat Dota 2 ke Kuala Lumpur hujung minggu ini, sekaligus meneruskan legasi ESL One di Malaysia,” ujarnya.
Untuk pengetahuan, ESL bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut kembali kejohanan ESL One bertaraf global yang dikuasakan oleh Intel® ke Malaysia, selaras dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab esukan Asia Tenggara.
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam Majlis Sidang Media ESL One Kuala Lumpur 2023 yang diadakan di Sheraton Imperial Hotel KL berkata, esukan turut berada di bawah Pelan Strategik Pembangunan KBS 2020-2025.
“Pelan Strategik Pembangunan Esukan KBS 2020 – 2025, KBS telah menggariskan fokus untuk memupuk ekosistem esukan yang mampan merangkumi pemegang taruh di semua peringkat.
“Ini termasuklah dalam aspek pelaburan dalam infrastruktur dan pembangunan bakat serta penganjuran acara serantau dan antarabangsa di Malaysia, seperti ESL One,”ujarnya.
Tambah Adam Adli, ia juga selaras dengan hasrat KBS untuk menjadikan Malaysia sebagai esports powerhouse di rantau Asia Tenggara.
Oleh itu, pihaknya akan menjemput lebih banyak acara esukan yang bertaraf dunia seperti ESL One untuk menganjurkan liga dan kejohanan e-sukan mereka di negara ini.
Beliau juga berharap usaha ini dapat memacu pertumbuhan industri esukan yang berterusan dan mampan di Malaysia.
Turut hadir bersama, YB Puan Michelle Ng Mei Sze; Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI); Eugene Hong, Pengurus Projek Kanan ESL One; dan JB Hewitt, Pengarah Urusan ESL Asia-Pasifik Jepun.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi about.eslgaming.com dan ikuti ESL Gaming di LinkedIn, Twitter, Facebook, dan Instagram.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source