Risau dibuatnya bila mana anak bakal melangkah ke alam persekolahan. Mana tidaknya, tersalah pilih tadika, anak tak dapat belajar dengan baik malah tidak mahir membaca seperti anak-anak yang lain. Buntu dibuatnya.
Sekolah atau tadika bagaimana menjadi pilihan ibu ayah? Tidak hanya sekolah itu sahaja bahkan pelbagai kriteria mula difikirkan terutama membabitkan yuran pendaftaran, yuran bulanan, silibus pembelajaran, jarak dari rumah selain faktor sampingan lain sebelum membuat keputusan.
Semua ini memainkan peranan yang besar dalam menentukan hala tuju anak itu sendiri kelak dan bagaimana pengurusan masa dan kewangan ibu bapa sendiri. Apa pilihan anda?
Paling utama pastinya harapan ibu ayah untuk anak mahir menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di samping mempunyai skil bersosial yang baik.
Berikut antara tip dan panduan untuk memudahkan ibu bapa dalam membuat keputusan. Ini penting untuk memastikan anak rasa seronok belajar dan dapat mengembangkan kemahiran yang ada sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar.
Silibus pembelajaran terbaik
Selain menilai lokasi dan sebagainya, antara elemen utama dalam memilih tadika pastinya silibus yang digunakan pakai oleh tadika itu sendiri. Pilihlah tadika yang mempunyai silibus yang diiktiraf malah terbaik cara pembelajarannya agar potensi anak dapat dikembangkan dengan baik.
Minta pengusaha tadika untuk berkongsi silibus yang digunakan pakai dalam pembelajaran setiap hari dan nilaikan apa aktiviti yang perlu buat anak kita.
Di sini ibu bapa boleh membuat perbandingan dengan silibus tadika lain dan selebihnya membuatkan keputusan tadika dengan silibus terbaik.
Rekod kejayaan anak-anak terdahulu
Buat tinjauan terlebih dahulu menerusi perkongsian rakan-rakan dan orang sekeliling menerusi tadika pilihan mereka. Nilaikan setiap perkongsian mereka dan perkembangan anak-anak di tadika berkenaan.
Cari juga maklumat menerusi laman sesawang atau media sosial dan nilaikan pelbagai aktiviti yang dijalankan serta teliti rekod kejayaan mereka. Ini penting untuk menentukan corak pembelajaran anak.
Tadika dengan pendekatan Islamik
Sebolehnya kita mahukan anak-anak kecil kita dibekalkan dengan ilmu kegamaan yang baik diketika usia mereka kecil. Atas dasar itu, pilihlah tadika dengan silibus pendekatan Islamik ketika membuat keputusan memilih tadika.
Bukan sekadar mahu anak berjaya dalam akademik, tetapi juga cemerlang dari aspek sahsiah diri. Sekurang-kurangnya anak dapat mempelajari asas al-Quran, bacaan doa dan bersolat sebagai persiapan sebelum usianya menginjak 7 tahun.
Guru berkelayakan dan berpengalaman
Bagi membentuk anak-anak yang baik, guru juga memainkan peranan besar. Guru yang terlatih dan berpengalaman menjadi kriteria yang penting kerana setiap anak mempunyai tahap pemahaman dan kemahiran yang berbeza. Guru yang berpengalaman dan penuh ilmu pastinya punya banyak cara kreatif untuk mendekati anak seterusnya mampu mengeluarkan potensi sedia ada.
Jadi, ibu bapa harus pastikan tadika yang dipilih itu dapat diterima oleh anak supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang baik dan seronok.
Jika teknik mengajar yang mesra kanak-kanak ditekankan, pastinya anak lebih cepat faham dan rasa gembira ke tadika setiap hari. Konsep ini turut sama ditekankan oleh Hawary Education yang berpengkalan di Johor Bharu.
Tahniah! Hawary Education merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Pusat Asuhan & Pendidikan Terbaik Mesra Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma
Hawary Education adalah pusat asuhan dan pendidikan swasta yang ditubuhkan pada tahun 2008 dengan pembukaan Taska Hawary sebagai taska induknya. Kini taska Hawary semakin berkembang pesat dengan pembukaan lima lagi cawangannya di seluruh negeri Johor.
Paling menarik pastinya sistem pembelajaran dan mesra kanak-kanak yang ditawarkan Hawary Education malah pembelajaran mengikut umur yang meliputi aktiviti rangsangan perkembangan pra tadika, aktiviti sensori, pemahaman rutin harian, pemahaman urus diri, pengenalan konsep pra penulisan, pra nombor dan pengiraan, hafalan doa harian, hafazan surah pendek dan bermacam lagi yang membuatkan anak-anak terlatih dengan baik sebelum melangkah ke sekolah.
Di sini tidak hanya menjaga dan mengsuh anak-anak dengan baik malah mengisi setiap masa dengan menawarkan pelbagai aktiviti dan program terbaik untuk anak-anak.
Dengan motto, “Mari Membina Ummah, Khalifah Cilik Sayang Allah”, anak-anak tidak hanya didedahkan dengan konsep Islamiknya bahkan pendekatan bermain sambil belajar membuatkan anak-anak tambah seronok untuk belajar.
Ini menjadikan Hawary sebuah Insitusi Pendidikan Awal Kanak – Kanak yang mempunyai krateria berteraskan pendekatan “Belajar melalui Bermain” supaya terlahir modal insan yang seimbang dan holistik dari semua aspek intelek, rohani, jasmani, sosial dan komunikasi menjadi visi Hawary Education.
Bagi mendapatkan informasi terkini dan kemasukan ke Hawary Education, layari laman sesawang Hawary di https://hawary.com.my/.
Atau anda boleh juga meninjau pelbagai aktiviti di media sosial, Hawary Education di Facebook dan Instagram @hawaryeducation (Hawary Education Academy).
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source