Kami hanya patuh arahan Jakim, kedai bakeri perjelas isu tular kek Krismas
PETALING JAYA: Sebuah kedai bakeri yang dituduh rasis kerana tidak membenarkan ucapan Krismas pada keknya berkata ia hanya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengurus operasi Berry’s Cake House, Daniel Teoh, berkata kedai itu tidak mempunyai pilihan selain mematuhi peraturan atau berisiko kehilangan sijil halalnya.
“Tetapi kami kini dituduh sebagai rasis, sedangkan kami tidak begitu. Kami hanya mengikut arahan,” katanya kepada FMT selepas ditanya mengenai memo dalaman yang tular.
“Kami bukan melakukannya dengan sewenang-wenangnya (melarang ucapan Krismas). Apa akan jadi jika mereka (Jakim) tiba-tiba mengaudit kami? Mereka akan membatalkan sijil halal kami,” katanya.
Notis itu dikeluarkan Teoh kepada kakitangan kedai terbabit yang memberitahu mereka untuk menolak sebarang permintaan menghias kek dengan ucapan Selamat Hari Krismas atau Xmas. Sebaliknya, pelanggan diberi pilihan untuk meletakkan hiasan kek ucapan perayaan.
Menurut kenyataan Jakim yang dikeluarkan pada Disember 2020, ucapan perayaan adalah dibenarkan pada produk sekiranya ia dibuat bukan dengan tujuan untuk dipamerkan dalam premis yang telah dipersijilkan halal atau pada produk yang ditandakan dengan logo halal.
Teoh berkata memo itu untuk kegunaan dalaman, tetapi seorang kakitangan yang berhadapan dengan pelanggan telah menunjukkan suratnya kepada mereka untuk mempertahankan tindakan berkenaan.
Beliau berkata Berry’s telah mematuhi peraturan Jakim dengan ketat dan merujuk kepada Jakim sebelum mengeluarkan sebarang produk untuk dijual.
Pada 2020, Menteri Hal Ehwal Agama ketika itu Zulkifli Mohamad berkata ucapan Krismas tidak akan membatalkan sebarang pensijilan halal oleh Jakim.
Beliau berkata adalah salah bagi kedai bakeri mempamerkan produk dengan ucapan Krismas di dalam premis mereka yang dipersijilkan halal atau pada produk yang ditandakan dengan logo halal.
Bagaimanapun katanya, ia dibenarkan untuk menyediakan kek yang mempunyai ucapan perayaan ditempah pelanggan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source