Healing Patah Hati dengan Rumi
Tiada manusia yang terlepas daripada patah hati dan kesedihan. Namun, walaupun dalam malam yang paling hitam, Rumi menawarkan kata-kata cinta yang merawat segala luka.
Bagaimana Rumi boleh jatuh cinta berkali-kali meskipun acapkali terluka?
Bak kata Rumi: “Luka ialah lubang tembus cahaya”.
Kepedihan dalam hidup seumpama rekahan yang terbuka di sebuah gua yang gelap gelita. Dengan adanya rekahan tadi, cahaya dapat masuk menerangi. Begitulah kesedihan dan relung hati. Kesedihan adalah rekahan yang menjadikan manusia bertambah dekat dengan Tuhan, cahaya langit dan bumi.
Pada suatu hari, seorang sahabat Maulana Jalaluddin Rumi sedang bermuram durja. Kesedihan memenuhi wajahnya, pipinya basah dengan air mata. Pandangannya kosong, seolah-olah sedang menyaksikan dunia kiamat, tiada lagi harapan.
Rumi lantas memujuk, “Semua kemurungan di dunia ini ialah akibat daripada cinta dunia. Sedarlah hakikat dirimu yang terpisah daripada dunia ini sebagai orang asing. Semua perkara dan keindahan yang kau kenal dan lihat, nikmat keseronokan itu tidak akan kekal selama-lamanya.”
Rumi mengajarkan kesementaraan, “Semuanya bersifat sementara. Bila kau sedar kau akan pergi ke alam lain, kau akan lega daripada kemurungan. Alangkah bernasib baiknya orang yang duduk bersama ahli makrifat yang tidak sombong takbur, bermuhasabah dengan kerendahan hati dan melihat betapa kerdilnya diri.”
Rumi mengajarkan kematangan: “Lelaki yang bebas dan lelaki yang matang ialah orang yang tidak mencederakan seseorang yang mencederakannya. Lelaki yang berani ialah orang yang tidak menyakiti orang yang ingin disakitinya.”
Percayalah kepada masa. Semuanya akan sirna dan tiada apa yang dapat bertahan dengan perubahan masa. Begitu juga kenangan dan momen indah bersama. Patah hati membuatkan semua nostalgia indah menjadi sakit belaka. Usah putus harapan, kerana Tuhan akan mendatang banyak lagi momen baru yang lebih indah, menggantikan kenangan-kenangan silam yang menghilang.
Bak kata Rumi: “Bersyukurlah kepada semua yang bertandang, kerana setiap sesuatu telah diutuskan sebagai surat dari Tuhan. Penderitaan mempersiapkan engkau untuk kegembiraan. Ia cekap menyapu semua keluar dari rumah, supaya kegembiraan baharu mempunyai ruang untuk masuk. Ia menggoncang daun kuning dari dahan hati, supaya daun segar dan hijau dapat tumbuh di tempatnya. Ia menarik akar busuk, supaya akar baharu yang tersembunyi di bawah mempunyai ruang untuk tumbuh subur. Apa sahaja kesedihan yang menggoncang hati, perkara yang lebih baik bakal terjadi.”
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 15% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11 atau https://shp.ee/e6n9puy
Jumpa kami di Pesta Buku Antarabangsa Selangor!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source