Mengikut respon yang ditunjukkan oleh followers kami di media sosial, nampak episod ketiga program Dewi Remaja 2018/2019 pada Ahad lalu adalah antara episod favourite korang!
Jom kita recap balik apa yang berlaku sebenarnya.
Pada permulaan, finalis dibawa ke salun Riz Okumura di Subang Jaya untuk mendapatkan makeover baru. Mereka sudah mengagak akan ada episod yang melibatkan makeover, tetapi tertanya-tanya bila.
Dan sejauh mana perubahan itu?
Antara yang paling drastik ialah Anna Jobling yang terpaksa memotong rambut panjangnya menjadi bob cut bersama bangs (pun intended) di hadapan.
“Anna tak pernah memotong rambut sependek ini, sepanjang hidup 18 tahun memang Anna hanya akan trim dan dapatkan treatment saja. Mummy pun terkejut!
“I like it, cuma macam yang korang tahu, bangs agak susah untuk dijaga agar nampak cantik selalu. But I will try my best,” kata dewi berusia 18 tahun itu.
Peserta lain seperti Tia Sarah dan Fazreen Fazera pula mendapat warna rambut baru! Tia yang selama ini suka bereksperimen dengan fesyen rambut baru took it like a champ.
“Tia memang inginkan perubahan sedrastik ini. Sekarang warnanya sudah agak kekuningan selepas beberapa minggu – sebab syampu kan. Tapi still, warna baru ini nampak cantik,” kata bekas pengacara Lava Kids ini.
Finalis berhijab seperti Aween Ismail dan Ernisha pula diberikan sesi hair treatment oleh salun tersebut. Jadi tak ada siapa yang terlepas okay!
BACA: Setahun Tukar 4 Stail Rambut! Tia Explain Kenapa Perempuan Suka Ubah Imej
Tiba masa untuk cabaran utama pada minggu ini iaitu pentas catwalk. Bukan level biasa-biasa, mereka perlu berjalan di atas permukaan air pentas licin kerana ia terletak di tengah-tengah kolam renang.
Sebagai persediaan, supermodel Malaysia Tini dijemput untuk memberikan kelas catwalk. Ada finalis mendapat komen pedas, ada yang perlu memperbaiki. Bagi yang acah-acah pro pun kena ‘sekolah’ juga.
HANEESYA: “Lenggok bagus, tapi buat I mengantuk.”
LYDIA: “Kenapa bila I panggil, baru nak pakai kasut?!”
RANIA: “I cakap, you jawab. Try dengar dulu.”
RASYA: “Kenapa macam nak menari, ini bukan fashion show dekat Bollywood.”
TIA: “Kasut tak sedia awal-awal, sampai kena pinjam. Buatnya tak ada saiz yang sama dengan you? Nak jalan kaki ayam?”
ZEERA: “You have everything baby, tapi kenapa tak memberi? Kaku. Bila kaki dah okay, badan pula buat hal.”
ANNA: “Mata pun penting, the eyes should not look dead.”
Fuhhh, tu baru sedikit. Sesi beberapa jam itu sedikit sebanyak membuatkan finalis terbuka mata.
Mungkin kerana Tini tahu ada penyingkiran pada episod ketiga ini, dia mahukan anak-anak didiknya untuk step up their game.
Semasa sesi penjurian bersama Tini, Scha Al-Yahya, Erra Fazira dan juri tetap, Dato’ Hans Isaac pula, beberapa komen lagi telah diberikan juri. Mungkin ada di antaranya yang tak ditunjukkan di kaca TV.
LYDIA: “I love you, you dah macam level international (merujuk kepada gambar photoshoot sebelum itu.) Lenggok di runway sudah cantik cuma kena jaga sikit cara ‘swing’ you. Dan you perlu mencari identiti sendiri, kalau tak susah dijual (untuk) commercial market.” – Tini
TIA: “I was here earlier dan you sangat stand out dengan rambut baru. Ia membuatkan ekspresi muka di dalam gambar dan semasa di runway lebih sharp. Walaupun kecil, tetapi you buktikan energy itu lebih penting.” – Dato’ Hans
ERNISHA: “Sekali lagi, you ada isu ekspresi muka. Seorang model kena gunakan otot muka walaupun ketika sedang berjalan atau semasa photoshoot. Remember, ini adalah pertandingan.
“Girls, kamu semua perlu bersaing all out setiap masa. Jika tidak, peserta lain akan ambil spot kamu. For this challenge, I’m sorry but I’m disappointed Ernisha. Kena selalu practice di depan cermin.
“Muka sedih tak apa, tapi sedih kena bergaya.” – Tini
AWEEN: “Kalau saya sebagai designer, saya akan berpuas hati dengan cara awak ‘bawa’ baju saya di runway. Seorang model kena selalu peka dengan angle dan awak berjaya tunjukkan itu walaupun berhijab.” – Erra Fazira
***
Penulis percaya kesemua finalis telah cuba buatkan yang terbaik kerana tak semua mempunyai pengalaman sebagai model komersil sebelum ini.
Namun, rezeki nyata tak berpihak kepada Zeera Azizi yang dianggap sebagai antara wajah favourite para juri. Zeera menjadi peserta pertama yang meninggalkan Dewi Remaja 2018/2019.
“Because you ada package, I am disappointed in this picture. Bukan model saja yang perlu tahu angle, kalau nak jadi selebriti pun kena tahu. Nanti semasa lakukan photoshoot, kita tak boleh harapkan art director je. Kita pun kena ‘memberi’,” tegur Tini yang menyukai ketinggian dan fizikal Zeera.
“Selebriti juga perlu tahu posture berjalan kerana di luar nanti, you akan melalui red carpet dan ke majlis. I tahu you boleh polish lagi.”
BACA: Pramugari, Zeera Azizi Peserta Pertama Tinggalkan Dewi Remaja
Apa-apa pun, jom lihat pesanan akhir Mama Tini kepada finalis semua.
Jangan lupa menonton episod keempat Dewi Remaja 2018/2019 pada Ahad ini (16 Disember) pada jam 10.30 malam di saluran Astro RIA & RIA HD. Kemudian ikuti LIVE Facebook dan Instagram @majalahremaja bersama finalis Dewi Remaja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source