Cerita Perempuan Menderita Cinta – The Patriots
Rumi terkenal dengan puisi-puisi cinta yang menakjubkan. Kalau baca Mathnawi, ada cerita tentang seorang perempuan yang terlampau sayangkan buah hatinya sampai jatuh sakit.
Apa jadi pada perempuan tu?
Pada suatu hari, seorang raja keluar dari istana dan singgah ke pasar hamba. Di situ, baginda ternampak seorang gadis yang cantik rupawan. Raja itu pun membelinya dengan harga yang mahal.
Malangnya, perempuan itu jatuh sakit bila tiba ke istana. Raja pun memanggil tabib-tabib dari sepelosok negeri. Ramai tabib berpusu-pusu ke pintu istana apabila mendapat tahu tentang habuan dinar emas yang dijanjikan.
“Nyawa kami di tanganmu. Hidup beta tidak penting, perempuan inilah nyawa kepada nyawaku. Beta sedang sengsara, dialah penawarku. Beta sakit apabila dia sakit. Beta menderita apabila dia menderita. Sesiapa yang mengubati dia yang menjadi nyawaku, beta akan memberinya harta dan mutiara, tak kira besar atau kecil,” titah sang raja.
Bagaimanapun, tiada seorang pun tabib yang dapat menyembuhkan perempuan tersebut. Akhirnya, raja pun berserah dan berdoa kepada Tuhan agar diberikan jalan keluar.
Ketika baginda tertidur, raja itu bermimpikan isyarat bahawa esok akan datang seorang lelaki yang boleh menyembuhkan pujaan hatinya. Bila raja tersedar dari lena, dia pun kembali gembira.
Keesokan hari, seorang lelaki tua datang ke istana raja. Dia disambut dengan pelukan erat dari raja. Tanpa membuang masa, raja membawa lelaki tersebut ke bilik rawat perempuan berkenaan.
Lelaki itu meminta orang lain untuk keluar daripada bilik. Dia pun memeriksa, apakah penyakit yang dihidap perempuan ini. Tiada apa-apa jawapan yang dapat dijumpai.
Akhir sekali, lelaki itu memeriksa nadi perempuan dan menyebutkan satu persatu nama lelaki yang dikenali gadis itu, “Zain, Amir, Arash, Arshia, Bahrom, Bardia, Basir, Ebrahim, Ervin, Vahid, Varshasp, Hamed, Hassan, Hashem, Homayun, Hossein, Hormuzd, Hooman, Houshang, Tirdad, Turan.”
Namun kesemua nama itu tidak memberi kesan kepada denyutan nadi si gadis sampailah disebut “Aky”. Jantung perempuan itu terus berdegup laju. Sebuah senyuman terukir di bibir.
Tabib itu meneruskan lagi perbualannya. Kali ini, dia menyebutkan pula nama-nama negeri yang pernah dikunjungi perempuan itu, “Termez, Qarshi, Turkmenabat, Bukhara, Navoi, Kattakurgan, Shahrisabz, Loyish, Panjakent, Jomboy, Charhin, Urgut, Khancarvak, Juma, Payaryk, Mirzakishlak, Gus, Bulungur….”
Tetapi kesemuanya tidak memberi sebarang reaksi sehinggalah disebut “Samarkand”. Nadi perempuan itu berdenyut laju. Pipinya pula berubah kemerah-merahan.
Tabib menyambung dengan menyebut nama-nama jalan di Samarkand pula, “Sadriddin Ayniy Ko’chasi, Termiz Yo’li, Panzhaken, Registon Ko’chasi, Umarov Ko’chasi, Qo’qon Ko’chasi, Afrosiyob, Shohizinda Ko’chasi, Registon Ko’chasi….”
Seperti sebelumnya, nama-nama itu tidak menerbitkan sebarang perubahan sampailah disebut “Gatafar ko’chasi”. Sekali lagi, nadi perempuan itu berdenyut laju. Degupan jantungnya bagaikan dentuman guruh.
Tabib tersenyum apabila melihat perempuan itu membuka mata. Riak wajahnya sudah berubah. Benarlah telahan tabib bahawa penyakit itu bukan penyakit biasa. Namanya ialah penyakit cinta.
Bak kata Rumi: “Penyakit cinta berbeza daripada segala penyakit lain. Cinta ialah astrolab rahsia-rahsia Tuhan.”
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 15% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11 atau https://shp.ee/e6n9puy
Jumpa kami di Pesta Buku Antarabangsa Selangor!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source