Rumi Suka Menyantuni Fakir Miskin
Tahukah anda, Maulana Jalaluddin Rumi lahir dari keluarga ulama yang diberikan layanan VIP dari Sultan kerajaan Bani Seljuk. Namun, Rumi memilih untuk duduk dengan fakir miskin berbanding dengan para bangsawan.
Murid-murid Rumi kebanyakannya ialah golongan buruh yang miskin dan hidup susah. Walau bagaimanapun, Rumi tidak mempedulikan hal itu.
Bak kata Rumi: “Jikalau murid-murid aku tidak memerlukanku, aku yang akan menjadi murid mereka. Tapi sebab mereka memerlukanku, maka aku pun terima menjadi guru mereka. Mengapa? Agar mereka berubah, merasai musyahadah dan menjadi orang baik-baik.”
Pada suatu hari, semasa Rumi sedang khusyuk beribadah hingga tidak perasan keadaan sekelilingnya, seorang fakir miskin datang kepadanya. Dia mengadu, “Aku orang susah. Tiada apa-apa.” Ketika itu Rumi sedang fana, tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya.
Fakir miskin itu pun mengambil kesempatan. Dia senyap-senyap mencuri sehelai sejadah dan segera meninggalkan tempat itu. Sebaik sahaja Hodja Majduddin Maraghi, seorang pengikut Rumi sedar akan perkara ini, terus dicarinya si fakir miskin itu.
Rupa-rupanya, fakir miskin itu dijumpai sedang cuba menjual sejadah yang dicurinya di Bazaar Tiz. Tanpa berlengah, lelaki itu diheret ke hadapan Rumi. Alangkah terkejut Rumi apabila diberitahu tentang apa yang terjadi, “Dia mesti mengambil sejadah ini kerana memerlukannya. Maafkan dia. Kita mesti membeli semula sejadah ini daripadanya.”
Murid-murid Rumi dilarang meminta sedekah. Pesan Rumi, “Kita memikul sunah Nabi iaitu menahan diri daripada meminta-minta, supaya rakan-rakan kita dapat memperoleh rezeki dengan perniagaan, perkhidmatan, pertukangan atau apa sahaja perdagangan yang diraih dengan kudrat tangan dan titik peluh sendiri. Sesiapa yang tidak mentaati disiplin ini, bukanlah daripada murid-murid kami. Dalam pandangan kami, dia tidak bernilai sedikit pun.” Sunah Nabi SAW benar-benar dijadikan pedoman.
Rumi sanggup hidup susah demi mencontohi Rasulullah SAW. Dia hidup seperti seorang fakir miskin. Harta yang ada dibahagikan kepada orang yang lebih memerlukan. Walaupun tiada apa pun yang tersisa di rumahnya, Rumi berasa lega dan berkata, “Alhamdulillah, hari ini rumah kita mencontohi rumah Rasulullah SAW.”
Tidak cukup dengan itu, Rumi secara senyap-senyap membantu kewangan sebahagian muridnya yang susah. Dia akan meletakkan wang di bawah sejadah murid yang memerlukan tanpa dilihat oleh diketahui oleh sesiapa pun. Penghormatan daripada orang ramai bukan yang dicari Rumi.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 10% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11 atau https://shp.ee/e6n9puy
Jumpa kami di Pesta Buku Antarabangsa Selangor!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source