Fokus Bantu Pelajar Sekolah & Universiti, KBS Sedia Hulur Tangan Melalui Kempen Merakyatkan Sukan
Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah.
Menelusuri misi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memastikan kebajikan remaja Malaysia terutamanya pelajar dan sekolah universiti terjaga, pelbagai inisiatif dan program telahpun disusun rapi oleh pihak kementerian untuk menjayakan wawasan ini.
Lihat sahajalah kepada inisiatif di antara KBS dan Astro Malaysia baru-baru ini yang memperkenalkan rancangan realiti mencari bakat penari, Battle Ground Malaysia: Road To Gold.
Bukan hanya kemenangan kumpulan Danny sahaja yang mencuri perhatian apabila mereka berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM100,000. Malah, penonton yang saban minggu menantikan aksi tarian peserta juga kini mempunyai nilai apresiasi yang lebih tinggi terhadap sukan tarian.
ARTIKEL BERKAITAN: Atlet Malaysia Tambah Bersemangat! Battleground Malaysia: Road To Gold Antara Usaha KBS Untuk Meraih Pingat Emas Olimpik
Jelas, KBS serius dalam usahanya untuk memartabatkan budaya bersukan dan mencari pelapis harapan negara dalam kalangan pelajar di bangku sekolah agar mereka terus mencipta nama di peringkat universiti dan seterusnya sebagai atlet senior.
Nah! Ketahui serba sedikit mengenai kempen merakyatkan sukan oleh KBS ini.
1. Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang
Saban tahun, statistik kematian berpunca dari insiden lemas terus meningkat. Maka, tidak hairanlah KBS kini menawarkan kelas renang percuma kepada kanak-kanak daripada golongan B40 bagi mengurangkan insiden lemas dalam kalangan komuniti.
Kalau korang hendak tahu, program KLAS Renang Fasa 1 yang diperkenalkan telah mendapat reaksi positif di mana seramai 739 peserta terdiri daripada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun telah melengkapkan pembelajaran dan latihan dengan purata 90 peratus penguasaan kemahiran asas berenang. Wow! Bakal pelapis Welson Sim & Phee Jinq En, hehe..
KLAS Renang Fasa 2 pula bermula sejak September lalu hinggalah Disember 2023. Kali ini, ia diperluaskan ke 36 lokasi di seluruh negara dengan sasaran penyertaan seramai 5,760 orang kanak-kanak.
2. Merakyat Fasiliti Perbadanan Stadium Malaysia
Tidak dinafikan, budaya bersukan boleh memakan kos yang tinggi kerana setiap jenis sukan memerlukan fasiliti dan kelengkapan spesifik. Oleh yang demikian, sebagai permulaan KBS ingin memulakan inisiatif ‘merakyatkan fasiliti’ dari peringkat sekolah lagi.
KBS prihatin mengenai isu ketiadaan kawasan lapang bagi sesetengah sekolah untuk menjayakan hari sukan masing-masing.
Justeru, KBS pada Julai 2023 memutuskan agar fasiliti di bawah Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk dibuka kepada sekolah bagi perlaksanaan hari sukan. Buat masa ini, stadium yang disediakan ialah Stadium Nasional Bukit Jalil, Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Bukit Kiara. Bukan main-main tau!
Sehingga kini, PSM telah menerima sebanyak 19 permohonan dan 17 daripadanya telah diluluskan sehingga bulan Disember 2023.
Jadi jangan terkejut kalau korang melihat kelompok pelajar sekolah berkumpul di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan baju rumah sukan berwarna-warni selepas ini. Iyalah, hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Barulah pelajar mudah membiasakan diri dengan persekitaran arena sebenar dan lebih bersemangat untuk menjadi aktiviti bersukan sebagai rutin mingguan mereka.
3. Inisiatif ‘1Sukan 1Fasiliti’
Demi pembangunan sukan, adalah penting untuk semua Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) mempunyai home-base atau tempat yang tetap untuk berlatih. Barulah mudah untuk para atlet fokus jalani latihan.
Walaupun penyediaan tempat latihan adalah tanggungjawab PSK, inisiatif ‘1Sukan 1Fasiliti’ adalah usaha KBS untuk menyokong usaha PSK mendapatkan tempat latihan tetap bagi tujuan pembangunan prestasi dan bakat sukan.
Menerusi inisiatif ini, PSK akan terus memperkasakan persatuan sukan agar dapat meningkatkan kualiti pengurusan dan pembangunan tadbir urus yang lebih baik, teratur, sistematik dan bertaraf antarabangsa.
4. Penginapan Youth Capsule
Pelajar universiti tahun akhir pasti pening setiap kali musim latihan industri ataupun internship menjelang kan? Iyalah…bukan sahaja korang perlu mencari lokasi latihan industri dan pengangkutan. Malah, korang juga perlu mengambil kira faktor tempat tinggal berdekatan dengan pejabat.
Menyedari isu yang membelungi remaja di peringkat universiti ini, KBS pada September 2023 telah melancarkan inisiatif Youth Capsule (Y-Capsule) @IYCResidence pada harga RM10/. Murah kan?
Menariknya, Y-Capsule bukan sahaja terhad kepada mereka yang sedang menjalani latihan industri, malah ia terbuka kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan atau yang sudahpun bekerja tetapi tidak mempunyai tempat tinggal.
Pusat Belia Antarabangsa (IYC) sebagai agensi yang bertanggungjawab bagi program Y-Capsule ini menyediakan 54 katil lengkap dengan set kelengkapan tidur.
Fasiliti ini turut menyediakan bilik mandi, ruang pantri, peralatan memasak gunasama (peti sejuk, periuk nasi, dapur induction), dobi layan diri berbayar, ruang rehat dan ruang seterika.
Inisiatif ini secara tidak langsung membantu remaja dalam usaha mencari pekerjaan dan latihan industri.
Untuk makluman lanjut mengenai inisiatif-inisiatif di bawah Kementerian Belia & Sukan (KBS) ini, layari laman web KBS di www.kbs.gov.my dan platform media sosial seperti Facebook MY KBS Malaysia serta Instagram KBS Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source