“Baba Adalah Orang Yang Paling Gembira…” -Dedikasi Sharnaaz Ahmad Buat Jebat Jayden Undang Sebak Netizen
Pelakon berkaliber, Sharnaaz Ahmad mencuri tumpuan netizen apabila ada mencoretkan dedikasi teristimewa buat anakanda tunggalnya, Jebat Jayden.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, pelakon filem popular Polis Evo 3 itu dilihat sedang menyisir rambut anak lelaki tersayangnya itu sambil mencoretkan sebuah ucapan manis yang ditulis di ruangan kapsyen yang sangat menyentuh hati.
ARTIKEL BERKAITAN : Baru Berusia 23 Tahun, Kenali Amelia Christie ‘Kekasih Hati’ Sharnaaz Ahmad
“Anakku Jebat Jayden Ahmad, terima kasih untuk percutian ini. Kamu mempunyai hati yang sangat baik, luar dan dalam. Baba bersyukur ada anak yang bijak, pintar, lawak dan sihat.
“Terima kasih teman baba main crane game, menang banyak hadiah..main salji. Perkara paling indah sepanjang percutian ini adalah masa kita bersama.
“Selagi Boi ada sebelah baba, baba adalah orang yang paling gembira. Baba lakukan semua ini untuk kamu dan hanya kamu,” tulisnya panjang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa sebak dengan ucapan istimewa tersebut selain mengagumi aktor berkenaan sebagai seorang bapa yang baik dan penyayang.
Sharnaaz baru-baru ini bercuti ke Jepun bersama kekasih hatinya, Amelia Cristie dan juga bekas isteri Noor Nabila serta anak mereka Jebat Jayden.
Sekadar informasi, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak Neelofa iaitu Nabila pada tahun 2017, namun mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2020.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source