Jangan leka dengan kesibukan, bayar zakat dalam Kempen Kongsi Rezeki Dengan Zakat!
Kadangkala, kita terlupa nikmat hidup sekarang adalah pemberian daripada Allah SWT semata-mata dan bila-bila saja, Dia boleh tarik balik apa yang kita sedang miliki.
Bila sesuatu perkara buruk terjadi, mulalah menyalahkan takdir sedangkan ianya sudah pun ditulis sejak azali lagi. Allahu!
Pernah tak terfikir mungkin situasi buruk yang berlaku itu merupakan peringatan Yang Maha Esa untuk tidak lupa bersyukur dengan rezeki kurniaan-Nya.
Foto hiasan
Kita hanyalah manusia, terkadang terleka dengan dunia sehingga terlupa. Alahai… jadi, apa ikhtiar boleh dibuat supaya situasi tidak berlaku lagi?
Banyak sebenarnya cara boleh diambil, contohnya dengan berkongsi rezeki atau melakukan pembayaran zakat agar hidup lebih diberkati dan sentiasa mengingati Allah SWT.
Hmm ya, 2023 tinggal beberapa hari saja lagi tetapi ada segelintir umat Islam yang masih belum menunaikan kewajipan zakat atas pelbagai alasan terutamanya kesibukan kerja.
Oleh sebab itu, Lembaga Zakat Selangor menganjurkan Kempen Kongsi Rezeki Dengan zakat bagi membantu orang ramai membayar zakat dengan mudah.
Haa sememangnya kesibukan bekerja dan berkeluarga sering kali membuatkan kita terlupa untuk menunaikan zakat, lagi-lagi jika tiada peringatan dari sesiapa.
Foto: Sinar Harian
Tapi, tahukah anda lagi ramai yang menunaikan zakat lagi ramai yang dapat dibantu dan lebih besar impaknya terhadap komuniti Islam di Selangor.
Sebenarnya, ramai individu di luar sana yang sangat memerlukan bantuan, apatah lagi dengan peningkatan kos sara hidup sekarang.
Selain membantu bagi meneruskan kehidupan, harta akan lebih diberkati sekali gus mendekatkan kita kepada Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah! Ketenangan hati yang dicari selama ini pun in sha Allah akan dapat diraih dengan izinNya.
Melaksanakan tanggungjawab membayar zakat ini juga akan membantu kita untuk sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah SWT, malah memupuk rasa empati kepada saudara seislam.
Kalau nak tahu, Kempen Kongsi Rezeki Dengan Zakat ini telah pun berlangsung selama tiga bulan dan akan berakhir pada 31 Disember ini. Ianya merupakan galakan kepada warga Selangor untuk membayar zakat.
Tak rugi sebenarnya kalau kita berikan sedikit harta terhadap golongan yang lebih memerlukan, malahan ia membawa banyak manfaat serta kebaikan kepada diri sendiri.
Bagi memudahkan pembayaran, anda boleh menggunakan aplikasi Zakat Selangor untuk mengira kadar zakat dengan spesifik dan membayar zakat secara terus atas talian. Tak perlu lagi ke kaunter zakat untuk mengira dan membayar. Segalanya di hujung jari dah.
Foto: Vocket
Selain itu, pembayaran zakat ini dipermudahkan lagi melalui ansuran bulanan secara ‘Auto Debit’ sekali gus memudahkan warga Selangor untuk istiqamah dalam urusan ini. Mudah kan? Ansuran secara bulanan membuatkan anda tak terasa ketika melakukan kewajipan. Tahu-tahu kehidupan menjadi lebih mudah dan tenang.
Kongsi Rezeki Dengan Zakat membawa konsep dimana perkongsian 2.5% anda melalui 10 jenis zakat harta akan membawa perubahan besar kepada kehidupan saudara Islam yang dalam kesempitan di luar sana.
2.5% itu akan disalurkan melalui bantuan seperti bantuan makanan, bantuan rumah sewa, bantuan pendidikan dan boleh memberikan hari baru kepada mereka di luar sana.
Foto: FB Lembaga Zakat Selangor
Dalam pada itu, dalam menunaikan ibadah zakat ini, Lembaga Zakat Selangor turut menyediakan peluang kepada kita sebagai orang yang ingin berkongsi rezeki untuk memenangi wang tunai sehingga RM6,000.
Peluang ini boleh direbut oleh mana-mana individu sekiranya berjaya melunaskan zakat pendapatan atau perniagaan sebelum 31 Disember ini.
Wang itu akan dikreditkan dalam AKAUN AL AWFAR BANK ISLAM sebagai pemberi semangat agar terus membayar zakat pada tahun akan datang.
Foto hiasan
Manisnya dalam berkongsi rezeki ini bukan sahaja dapat dirasai dalam kesucian rezeki atau rezeki menjadi berlipat kali ganda, tetapi nikmat melihat orang lain dapat mengubah kehidupan mereka atas bantuan kita yang kecil ini.
Jom tunaikan kewajipan sekarang dengan menunaikan zakat dan saksikan impak positifnya kepada diri sendiri dan mereka yang memerlukan di luar sana.
Indahnya Islam, berkongsi rezeki tidak mengurangkan harta malah rezeki yang tidak disangka-sangka akan menjengah kehidupan kita. Mana tahu rezeki berpihak kepada anda! Tunaikan zakat hari ini, kerana esok belum pasti.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source