MPPJ FC: Chelsea Malaysia Yang Digelar Black Widow
Apakah pasukan kelab pertama yang menang Piala Malaysia?
Rata-rata yang tak kenal bolasepak Malaysia ni akan jawab JDT.
Tapi jangan terkejut, pasukan kelab ni hanyalah pasukan “majlis perbandaran” tak segah pasukan negeri-negeri masa tu.
Memandangkan tadi saya dah cerita pasal asal usul Petaling Jaya, kita kena juga cerita terbesar pencapaian Petaling Jaya dalam arena sukan.
Sebelum Petaling Jaya diwakili oleh PJ City FC yang kini pun dah tarik diri daripada Liga Malaysia, kita pernah ada PJ Rangers FC dan MPPJ FC.
Fokus harini ialah MPPJ FC. Sebab inilah satu-satunya pasukan kelab “majlis perbandaran” yang pernah menang Piala Malaysia pada tahun 2003.
MPPJ ni mula dari liga bawahan. 1999, MPPJ FC menjuarai Liga Selangor. Diorang kemudiannya bermain dalam Piala FAM.
Diorang jadi juara Piala FAM pada 2001 selepas tewaskan SAJ Holding FC. Maka bermulalah kisah MPPJ FC di dalam saingan Divisyen 2 Liga Malaysia pada 2002.
Dalam liga, MPPJ FC duduk di tempat ketiga di bawah Kedah yang jadi juara dan Telekom Melaka.
Tapi keajaiban berlaku di dalam saingan Piala Malaysia 2003. Pasukan yang dijangka bungkus awal ni ternyata tak boleh dipandang sebelah mata.
MPPJ diletakkan di dalam kumpulan yang dibarisi juara bertahan Selangor, Sabah dan Pulau Pinang.
Tanpa disangka-sangka, MPPJ berjaya menjadi naib juara kumpulan dibelakang Sabah. Anehnya juara bertahan Selangor pula berada di tempat tercorot.
Di peringkat suku akhir, MPPJ berentap dengan Pahang. Para penyokong Selangor mula membanjiri Stadium Petaling Jaya yang nampak MPPJ sebagai wakil Selangor yang masih bertahan dalam saingan Piala Malaysia.
MPPJ yang mula digelar sebagai Sang Lelabah Black Widow ni pun berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir selepas menewaskan Pahang dengan jaringan minit akhir Juan Manuel Arostegui menjadikan keputusan memihak MPPJ 3-2.
Ya, yang tengok Liga Malaysia mesti ingat nama ni. Dia dan Bruno Martelotto yang main untuk MPPJ ni jugak pernah main bersama ATM FA ketika musim 2014.
Perlis yang dianggap gergasi besar bola sepak Malaysia masa tu menunggu di separuh akhir pula dibeduk MPPJ dengan aggregat 4-2.
Kalau sesiapa ingat, masa ni lah penyerang MPPJ, Haris Safwan Kamal diterbangkan naik helikopter dari PJ ke Kangar sebab beliau kena jawab final exam di Universiti Malaya pada hari yang sama dengan perlawanan tersebut.
Stadium Bukit Jalil menjadi saksi perlawanan akhir yang menemukan MPPJ dan Sabah. Ya, Sabah ialah naib juara Piala Malaysia 2002.
Skuad bimbingan Pablo Dollah Salleh ni berjaya merangkul juara Piala Malaysia 2003 setelah membeduk Sabah dengan jaringan hatrik Arostegui. Sabah gigit jari sekali lagi jadi naib juara.
Satu musim yang sangat membanggakan bagi MPPJ FC. Kemudian diorang menang pula Piala Sumbangsih 2004 dan Liga Perdana 2004. Tapi, indah ini hanya seketika.
MPPJ mula dibanjiri penaja-penaja, tak terkecuali daripada orang-orang politik. MPPJ mula merombak pasukan. Membariskan pemain-pemain bertaraf kebangsaan.
MPPJ FC yang ketika itu skuadnya tak lah segah mana, awalnya hanya ramai budak-budak universiti je, tetapi diorang terlalu rakus nak membeli nama-nama besar dengan sasaran menjadi juara Liga Super 2005.
Ramai pemain bintang yang ditandatangani MPPJ. Diorang dijanjikan tawaran klausa “bukan sukan” seperti tawaran rumah.
Mesti ada yang ingat kisah Yusri Che Lah bernilai RM1 pernah menjadi buah mulut peminat bola sepak tempatan.
MPPJ akhirnya gagal, pelabur hilang keyakinan dan tarik tajaan. Fanbase MPPJ juga tak sekuat Selangor yang dah bertahun-tahun menjadi darah daging anak jati Selangor. Kes yang sama seperti PJ City FC.
Lama kelamaan, krisis kewangan MPPJ menjadi semakin parah. Para pemain bintang meninggalkan pasukan. Pemain mengamuk kerana tak diberikan seperti mana yang dijanjikan. Sampaikan ada yang kena jalan kaki pergi training ground.
Keluarnya Dollah Salleh dan tunggakkan gaji akhirnya meranapkan impian pasukan daerah ini untuk jadi kuasa besar bola sepak Malaysia.
MPPJ akhirnya tarik diri daripada Liga Perdana 2007 dan pendaftarannya digantung oleh FAM kerana pelbagai kemelut yang melanda.
Dah banyak pasukan Liga Malaysia yang jadi macam ni. MPPJ, Perlis, Melaka dan banyak lagi.
Sayang betul. MPPJ hanya tinggal dalam catatan sejarah. Korang pun boleh tengok dalam Muzium Petaling Jaya. Ada cerita pasal MPPJ FC ni.
Dan kini, pasukan TRW Kelantan yang penuh bersejarah pun dilanda masalah. Inilah sebab kenapa pentingnya kita belajar sejarah supaya kita tak mengulangi kesilapan pasukan terdahulu.
Nak ingatkan juga pada korang, sekarang ni ada Pesta Buku Antarabangsa Selangor di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam!
Anda turut berpeluang untuk beramah-mesra bersama penulis-penulis kegemaran anda. Jumpa anda di sana!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source