Kesultanan Johor Dan Terengganu Dari Susur Galur Yang Sama?
Sempena Final Piala Malaysia 2023 antara Johor dan Terengganu malam ini, ingin saya kongsikan trivia berkenaan kedua-dua kesultanan negeri ini.
Wangsa Bendahara, selalu kita dengar ia apabila kita bercakap berkenaan Kesultanan Johor yang memerintah Johor Lama selepas kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Selepas kemangkatan baginda pada 1699 yang tak meninggalkan “waris”, maka berakhirlah waris Kesultanan Melaka memerintah di Johor Lama.
Orang-orang Besar Johor bersepakat angkat Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johor ke-10 dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV ibni Bendahara Tun Habib Abdul Majid.
Tapi korang tahu tak yang adinda atau adik kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV ni jadi Sultan Terengganu pertama?
Kedua-dua sultan ni datang dari leluhur yang sama iaitu dari ayahandanya Bendahara Tun Habib Abdul Majid.
Dari susur galurnya inilah berkembangnya Wangsa Bendahara yang turut menjadi sultan bagi Kesultanan Riau-Lingga, Kesultanan Singapura malah juga Kesultanan Pahang.
Bagaimana Sultan Zainal Abidin jadi Sultan Terengganu pertama?
Tun Zainal Abidin diambil sebagai anak angkat kepada Laksamana Tun Abdul Jamil. Apabila keluarga Laksamana Tun Abdul Jamil diusir dari Johor, baginda turut berangkat bersama keluarga angkatnya di Patani.
Ketika inilah ada konspirasi mengatakan Laksamana Tun Abdul Jamil cuba rampas kuasa dari Sultan Mahmud Shah II yang masa tu masih kecil.
Tetapi, sesudah diusir, kapal rombongan keluarga Laksamana Tun Abdul Jamil dikejar dan akhirnya beliau terbunuh oleh sekutu pembesar Johor berhampiran Kuala Terengganu.
Tun Zainal Abidin berjaya melepaskan diri bersama sisa-sisa keluarga Laksamana Tun Abdul Jamil yang masih tinggal. Diorang menuju ke Patani dan menetap disana.Baginda dijadikan anak angkat Raja Patani ketika itu iaitu Raja Kuning.
Apabila Sultan Abdul Jalil Shah IV naik takhta, baginda jemput kekandanya balik ke Johor. Sesampainya Tun Zainal Abidin ke Johor, baginda dikurniakan negeri Terengganu.
Raja Kuning hantar Tun Zainal Abidin yang pulang dari Johor ke Terengganu diiringi orang Patani dan kelengkapan pertabalan diraja.
Pertabalan baginda sebagai Sultan Terengganu yang pertama disempurnakan oleh Qadi Wan Imam Mahmud. Penemuan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama baginda menjadi bukti bahawa baginda ditabalkan sebagai sultan pada tahun 1708.
Namun menurut Tuhfat al-Nafis tulisan Raja Haji pula merekodkan baginda menaiki takhta pada tahun 1725 dan pertabalan tersebut disempurnakan oleh Raja Tua atas titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Jadi, malam ni siapa yang menang pada pendapat korang? Wangsa Bendahara ke Wangsa Temenggung? Hehe
Oleh: Azizul Farhan
Nak ingatkan juga pada korang, sekarang ni ada Pesta Buku Antarabangsa Selangor di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam!
Anda turut berpeluang untuk beramah-mesra bersama penulis-penulis kegemaran anda. Jumpa anda di sana!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source