Lantik pakar perlembagaan bantu jawatankuasa berkait undang-undang syariah, saran Ngeh
PETALING JAYA: Kerajaan disaran melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam, yang ditubuhkan awal bulan ini.
Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, menjelaskan langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.
Beliau juga mengingatkan Perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira kepentingan semua golongan, maka sebarang perubahan yang memberi kesan kepada kaum dan agama mesti dibincangkan secara menyeluruh untuk mengelakkan konflik.
“Dalam mengharmonikan undang-undang syariah dengan Perlembagaan, adalah penting pandangan orang bukan Islam diambil kira supaya hak dan perlindungan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang bukan Islam serta asas negara kita tidak terjejas,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Ngeh menyarankan kerajaan melibatkan Badan Peguam, memandangkan badan berkanun itu dibentuk untuk memastikan undang-undang yang diluluskan adil dan saksama.
Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-undang Islam bertanggungjawab mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan kompetensi DUN mengenai penggubalan undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah, sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan.
Ia juga akan perhalusi semua perkara melibatkan pertindihan antara mahkamah syariah dan sivil termasuk isu melibatkan pertukaran agama, harta, tuntutan hadhanah, dan wasiat, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.
Penubuhannya menjunjung titah Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi mengkaji secara mendalam dan kritikal persoalan undang-undang yang berbangkit, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan kompetensi DUN dalam kerangka yang ditetapkan Perlembagaan.
Bekas ketua hakim negara Zaki Azmi dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa 10 anggota itu, yang turut dianggotai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh; anggota Majlis Agama Islam Selangor, Salehuddin Saidin; dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Melaka, Nadzri Abdul Rahman.
Libat urus akan diadakan dengan majlis agama negeri-negeri dan syor akan dikemuka ke MKI dan seterusnya Majlis Raja-raja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source