TMJ Satu-Satunya Orang Luar Yang Boleh Terbang Terus Ke Korea Utara Bila-Bila Masa?
Kalau korang pernah tengok filem The Interview, mesti korang terfikir ada ke orang yang dapat layanan baik dengan Kim Jong-Un dalam dunia realiti ni?
Jawapannya, ada dan dialah TMJ.
Biasanya, kalau nak ke Pyongyang, Korea Utara hanya terima pesawat dari 4 bandar ni je. Beijing, Shanghai dan Shenyang di China serta Vladivostok di Russia.
Istimewanya TMJ sebab baginda jadi satu-satunya individu asing yang diberikan akses terus ke Korea Utara ikut ruang udara diorang. Pemimpin dunia macam Vladimir Putin pun kena masuk ikut laluan Beijing.
Apa sebab TMJ dapat layanan macam ni?
Cerita dia masa tu TMJ jadi Presiden FAM. Dan pasukan Malaysia waktu tu ada game lawan Korea Utara untuk Kelayakan Piala Asia 2019. Tapi game asyik-asyik tangguh sebab tiba-tiba berlaku kes pembunuhan Kim Jong-Nam di Malaysia.
TMJ adakan pertemuan dengan Kim Yu Song, Diplomat Charge D’Affairs Korea Utara untuk bincangkan hal ehwal luar antara Malaysia dan Korea Utara di istananya di Bukit Serene pada 19 September 2017.
Masa pertemuan ni lah TMJ diberi penghormatan istimewa menggunakan ruang udara Pyonyang sepenuhnya dan pada bila-bila masa sekiranya baginda ingin melawat negara berkenaan.
Kerajaan Malaysia pun arahkan skuad Harimau Malaya tak dibenarkan terbang ke Pyongyang atas faktor risiko siri ujian peluru berpandu yang dibuat kerajaan sana.
Jadinya, diorang pun kena bincang tempat yang neutral untuk diorang main perlawanan ni. Kot-kot kalau main di Korea Utara, pemain Malaysia terdedah pada bahaya. Sebab dulu pun pernah ada kes bila Australia lawan Korea Utara yang main di Korea Utara pada 1966.
Memandangkan TMJ pun taknak ambik risiko. Jadi, perlawanan tersebut diadakan di Buriram, Thailand dimana dalam perlawanan tu Malaysia tewas 2 kali dengan keputusan sama kedua-dua perlawanan 4-1 pada 10 dan 13 November 2017.
Jadi, macam mana hubungan Korea-Utara dan Malaysia sekarang?
Sehingga tahun 2023 ni, Malaysia jadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tak kekalkan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.
Tapi persoalannya, TMJ pernah ke pergi sana? Itu kena tanya TMJ sendiri.
Apa jadi lepas Melaka tewas di tangan Portugis? Jawapannya ada dalam TASJIL ANIS SALATIN II: RAHSIA AGUNG JOHOR. Dapatkan segera!
Minat pula sejarah Korea seperti Perang Korea? Dapatkan KITAB TAMADUN KOREA segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source