Terpalit kontroversi, Sambal Nyet ‘Ciplak’ minta beri tempoh bertenang selesaikan masalah
Produk Sambal Nyet yang didakwa ciplak hampir mirip dengan Sambal Nyet Berapi keluaran pempengaruh, Khairul Aming tampil memberi kenyataan berhubung isu ‘panas; yang menjadi bualan warganet sejak kebelakangan ini.
Menerusi hantaran dimuat naik di platform Facebook, pihak pengurusan Sambal Nyet berkenaan berterima kasih kepada orang ramai kerana begitu prihatin mengambil berat mengenai kontroversi semasa.
Dalam pada itu, pihaknya juga telah melantik syarikat guaman untuk menyelesaikan masalah berbangkit.
“Kami telah menerima banyak pertanyaan mengenai isu yang timbul. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang kami.
“Buat masa sekarang, kami telah melantik Mr. MW Chan dan rakan kongsi untuk menangani isu ini dengan cara yang betul,”tulisnya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Pihak produk berkenaan juga meminta untuk diberikan sedikit masa untuk menyelesaikan masalah berbangkit secara tenang tanpa gangguan.
Sekali lagi, Sambal Nyet yang didakwa ‘ciplak’ keluaran Khairul Aming berterima kasih atas keprihatin orang ramai meluangkan masa terhadap mereka.
Terdahulu, beberapa gambar produk yang hampir mirip dengan Sambal Nyet telah tular di media sosial dan dijual meluas di atas talian.
Ramai yang mengakui tertipu dengan produk tersebut memandangkan packaging dan cara mempromosikannya menyamai Sambal Nyet Berapi keluaran Khairul Aming.
Susulan itu, Khairul Aming telah mengenalpasti penjual terbabit dan peguamnya sudah menghantar letter of demand (LOD) untuk pencabulan Hak Harta Intelek dan Penghapusan.
Artikel lain: Isu Sambal Nyet diciplak, Khairul Aming hantar LOD, senaraikan 8 tuntutan
Difahamkan, usahawan itu juga menyenaraikan lapan tuntutan dan jika mereka (pihak berkenaan) gagal penuhi kesemuanya, kes akan dibawa ke peringkat seterusnya.
Sumber: FB Sambal Nyet Khairi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source