5 Bintang Korea Berjaya Jadi CEO Di Syarikat Sendiri, Berbakat Sungguh!
Ramai juga sebenarnya selebriti Korea Selatan yang terkenal mengambil langkah dan keputusan untuk membuka syarikat sendiri.
Jika baru-baru ini, salah seorang anggota kumpulan Blackpink, Jennie mengumumkan penubuhan agensi sendiri yang dikenali sebagai OA atau Oddatelier.
ARTIKEL BERKAITAN : Tidak Lagi Bersama YG, Jennie Gerak ‘Solo’ Dengan Tubuh Agensi Sendiri
Rupa-rupanya sebelum Jenny, ada beberapa selebriti Korea yang telah berjaya membuka syarikat mereka sendiri. Jom, kami kongsikan senarai bintang idola K-Pop yang telah menjadi CEO untuk syarikat mereka sendiri.
PSY
Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Gangnam Style” iaitu PSY juga telah membuka agensinya yang tersendiri dikenali sebagai P NATION.
Untuk maklumat korang, PSY dahulunya merupakan seorang artis di bawah naungan YG Entertainment selama 8 tahun. Selepas kontraknya tamat bersama YG Entertainment, dia membuka agensinya sendiri.
Sebaik sahaja dia membuka agensi P NATION, penyanyi itu turut berkata bahawa dia cuba untuk mencipta satu taman permainan buat artis bermain dengan penuh bersemangat dan tidak sabar untuk melihat kegemilangan P NATION.
Antara selebriti yang berada dibawah naungan P NATION adalah, Crush, Heize, Penomeco, Swings dan TNX.
Rain
Siapa tak kenal dengan Rain. Rain ini terkenal dengan lagunya “Rainism”. Untuk pengetahuan korang, Rain telah membuka sebuah agensi yang diberi nama R.A.I.N Company pada tahun 2016. Dia juga telah menandatangi kontrak sebagai artis dibawah syarikatnya sendiri. Kini, agensinya mempunyai bintang idola K-Pop iaitu kumpulan CIIPHER.
Kang Daniel
Seperti yang kita tahu, Kang Daniel ini merupakan bekas ahli kumpulan Wanna One. Selepas dia keluar dari agensinya iaitu LM Entertainment, dia telah membuka sebuah agensi sendiri bernama Konnect Entertainment pada 2019.
Kalau korang nak tahu, artis K-Pop yang berada dibawah agensi Konnect Entertainment adalah CL, Yuju dan Chancellor.
Zico
Korang ingat tak kumpulan Block B? Zico ini merupakan salah seorang ahli dari kumpulan tersebut. Tetapi, ketua kumpulan Block B ini telah meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2018.
Selepas dia keluar dari kumpulan tersebut, rapper ini memulakan kerjayanya dengan membuka sebuah agensi bernama KOZ Entertainment.
Untuk maklumat, KOZ Entertainment ialah sebuah syarikat hiburan yang diasaskan oleh penerbit dan artis Zico sendiri pada November 2018. Kini, KOZ Entertainment berada di bawah jagaan Hybe Label. Antara artis yang berada dibawah naungan KOZ Entertainment ini adalah DVWM dan FANXY CHILD.
Wah, hebatlah dorang ni…memang berbakat dan tak sia-sialah ilmu yang mereka dapat sewaktu menjadi pelatih dulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: BH, Soompi, Koreaboo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source