Sebelum kita guna Tulisan Rumi di dalam Bahasa Melayu, kita pernah guna Jawi yang diadaptasi dari Bahasa Arab.
Tapi korang tau tak nenek moyang kita pernah guna Tulisan Kawi?
Tulisan Kawi ni apa sebenarnya?
Pakar bahasa membahagikan Bahasa Melayu kepada empat zaman yang ketara: Bahasa Melayu Purba, Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.
Setiap zaman ni dicirikan dengan sistem tulisan serta pengaruh yang diterima dalam bahasa itu.
Bahasa Melayu Purba boleh dikatakan sebagai “Bahasa Melayu Asli”. Tiada rekod tulisan yang dijumpai maka berkemungkinan tinggi, Bahasa Melayu Purba digunakan secara lisan sahaja.
Di Asia Tenggara, kedatangan pengaruh India melalui agama Hindu-Buddha yang bawa bahasa Sanskrit dengan beberapa jenis sistem tulisan India yang telah diadaptasikan oleh pelbagai bahasa di Asia Tenggara.
Di Burma, Thailand, Laos dan Kampuchea, jenis skrip mereka dinamakan sebagai Pali. Di Kepulauan Melayu pula, skrip India yang diadaptasikan dikatakan daripada jenis Kavi.
Pada abad ke-7, Bahasa Melayu mendapat pengaruh daripada Sanskrit lalu menerima sistem tulisan Pallava dan dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno.
Melalui rekod Bahasa Melayu Kuno, terdapat lebih kurang 157 perkataan yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Purba.
Antara skrip Bahasa Melayu Kuno bertulisan Pallava terdapat pada 3 inskripsi Srivijaya iaitu Prasasti Kedukan Bukit tahun 683 M, Prasasti Talang Tuwo tahun 684 M dan Prasasti Kota Kapur tahun 686 M.
Bahasa Melayu yang berada dalam inskripsi-inskripsi ini dinamakan sebagai Bahasa Melayu Tua.
Tak lupa juga tulisan Rencong merupakan sistem tulisan yang diamalkan oleh orang Melayu di sekitar kawasan Sumatera, Kerinci, Bengkulu, Palembang dan Lampung yang berlangsung secara rasmi pada tahun 682 hingga sekitar tahun 1500, tetapi benar-benar pupus hanya pada abad ke 18.
Tulisan Rencong turut dikenali sebagai tulisan pasca-Pallava mengikut pendapat pakar epigrafi.
Kemudian datang pula Skrip Kawi. Istilah Kawi berasal dari bahasa Sanskrit “kavi” yang bermakna penyair. Skrip Kawi ini diadaptasi oleh Bahasa Jawa untuk menulis hasil-hasil kesusasteraan mereka.
Walaupun kebanyakan hasil tulisan dalam Skrip Kawi pada zaman itu bertempat di Jawa Timur, namun ada juga beberapa inskripsi yang ditemui di tempat lain misalnya Bali, Sunda dan Sumatera.
Ada beberapa inskripsi Kawi yang menggunakan Bahasa Melayu contohnya di Joreng dan Padang Lawas di Sumatera Utara.
Tak lupa juga sebuah inskripsi yang ditemui di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan iaitu pada batu nisan Ahmad Majnu bertarikh 1463 M.
Uniknya dalam batu nisan tu juga turut tertulis skrip Jawi / Arab.
Bentuk skrip Kawi ni digunakan dengan meluas untuk tulis bahasa Melayu di pusat penempatan dan pemerintahan Melayu di Sumatera dan Semenanjung sebelum dan semasa kedatangan Islam yang bawa pula skrip Arab/Jawi ke dalam bahasa Melayu.
Abad ke-14 datang menyapa, Bahasa Melayu menerima pengaruh Arab-Parsi lalu menulis dalam Jawi.
Ketika zaman peralihan, skrip Kawi/Melayu digunakan bersama-sama dengan skrip Arab/Jawi seperti yang terdapat dalam inskripsi Ahmad Majnu (1463 Masihi) yang tertulis dalam zaman Kesultanan Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah (1459-1477 Masihi).
Mungkin juga penggunaan dua jenis skrip Kawi/Melayu dan Arab/Jawi pada batu nisan Ahmat Majnun menunjukkan hubungan yang rapat antara Melaka dengan Kerajaan Majapahit yang sememangnya menggunakan skrip Kawi/Jawa untuk bahasanya.
Kawasan-kawasan yang lebih jauh dari Pulau Jawa dah ada inskripsi-inskripsi yang lebih awal yang tertulis dalam skrip Arab/Jawi sepenuhnya.
Sebagai contoh inskripsi Arab /Jawi yang tertua pada batu nisan Malik al-Salleh di Pasai (bertarikh 1297 Masihi) dan inskripsi Terengganu (bertarikh 1303 Masihi).
Jawi juga mengalami evolusi sepanjang keberadaannya di dalam masyarakat Melayu.
Dengan penambahan huruf seperti penambahan aksara konsonan sepunya dari tulisan Urdu dan Parsi iaitu Pa (ڤ ), Cha (ج ), dan Nya (ڽ ) serta penambahan aksara konsonan terbitan sebagai transliterasi bergerak aksara latin, iaitu Ga (ڬ), Nga(ڠ ) dan Va (ۏ ).
Bahasa Melayu Moden ialah Bahasa Melayu yang kita gunakan kini dalam tulisan Rumi setelah menerima pengaruh Barat pada abad ke-20.
Ingatlah keruntuhan sesebuah bangsa bermula dengan pengabaian sistem tulisannya sehingga akan menjadikan sistem bahasa pertuturannya juga terkesan sehingga akhirnya bahasa itu juga akan pupus seperti bahasa-bahasa purba yang lain.
Rujukan:
Musa, H. (2006). Epigrafi Melayu Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kami dah mula buat Jualan Akhir Tahun dari 20-31 Disember ni! Notebook The Patriots beserta dengan Kalendar Tamadun 2024 pun dah siap dicetak. Eksklusif ni untuk korang dapatkan. Dapatkannya bersama KITAB TAMADUN MELAYU segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source