Enggan makan duit tak berkat, Ryan Bakery pulangkan bayaran ‘jenama boikot’
Pempengaruh tersohor, Ryan Bakery mengambil pendekatan untuk pulangkan bayaran ‘jenama boikot’ yang sebelum ini diambil bagi membuat kempen di media sosial.
Tak nak makan duit tak berkat
Memetik laporan dari Kosmo! Ryan, 28 mengatakan yang dirinya enggan makan duit yang tidak berkat sekali gus bersolidariti demi saudara-saudara di Palestin.
“Sebelum ini saya ada terima ‘job’ dari jenama produk diboikot dan ada yang masih mempunyai baki perlu selesaikan. Saya akui perkara ini membuatkan saya resah, duit sudah digunakan sebab tugas sudah lama disiapkan.
“Sesebuah kempen ada durasi serta tarikh tertentu yang menuntut saya memuat naik kandungan bagi produk tersebut. Jadi, saya terpaksa berunding untuk ‘potong’, sebab faham perkara ini terlalu sensitif.
“Jujurnya, apa yang berkenaan produk diboikot, saya terpaksa ‘potong’, yang mana sudah dikeluarkan, saya biarkan,” katanya.
Ryan Bakery pulangkan bayaran, fikir penderitaan rakyat gaza
Ujarnya lagi, dia langsung tidak ralat dengan tindakan tersebut kerana lebih memikirkan penderitaan yang dirasai oleh masyarakat di Gaza disebabkan penindasan yang berlaku.
Tambahnya, dia percaya keberkatan dalam mencari rezeki lebih penting daripada wang ringgit yang bersifat sementara.
“Saya yakin dengan rezeki Allah. Saya tiada rasa ragu-ragu dan maklumkan pada pihak pengurusan, Indigital Music mengenai pendirian saya.
“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, pelanggan juga memahami dan perbincangan antara saya bersama mereka berjalan lancar.
“Bagi saya, keberkatan dalam pekerjaaan sangat penting dan kalau boleh say elakkan perkara melibatkan barangan Israel.
“Dulu memang saya kurang cakna, sekarang apabila saya tahu, barulah saya mula buka mata dan faham,” ujarnya.
Artikel lain: Ryan Bakery dituduh sombong, padahal susah nak percaya orang – “Maaf”
Terdahulu, beberapa selebriti dan juga pempengaruh terkenal teruk dikecam netizen di media sosial susulan melakukan kempen bagi mempromosikan barangan yang diboikot demi solidariti.
Menurut sesetengah netizen, tindakan tersebut sama seperti menyokong penjajah yang berlaku zalim terhadap rakyat di Gaza dan lebih memikirkan wang ringgit daripada kekejaman yang dilakukan pihak tersebut.
Sumber: Kosmo! (Muhammad Haikal Ramli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source