“Dah Trimester Kedua Sekarang” Lepas Keguguran, Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Kedua!
“Ibu, janganlah makan sembarangan ikut nafsu mengidam. Kelak saya yang tanggung akibatnya,” Bayangkan jika anda dapat dengar keluhan bayi anda, pasti anda tidak sampai hati kan?
Diet ibu hamil memang penuh dengan pantang-larang kerana makanan diambil bukan saja untuk anda, tetapi juga si kecil.
Segala apa yang anda makan, semuanya akan mempengaruhi perkembangan bayi anda. Jadi, berhati-hatilah ketika memilih walaupun jenis ikan sekalipun.
Eh, takkan ikan pun kena pilih? Mestilah ibu, dan artikel ini akan menghuraikan sebab dan jenis ikan yang berbahaya untuk kandungan anda!
Makanan laut dalam diet ibu hamil, perlu ke?
Makanan laut merangkumi ikan dan kerang-kerangan kaya dengan sumber protein, zat besi dan zink. Nutrien ini penting untuk perkembangan bayi anda.
Asid Omega-3 termasuk asid dokosaheksaenoik (DHA) boleh didapati dalam banyak jenis ikan dan ia mendorong pembentukan dan perkembangan otak si kecil, jadi baik untuk dimasukkan dalam rutin diet ibu hamil.
Namun, terdapat beberapa jenis ikan pemangsa yang besar harus dielakkan oleh ibu hamil kerana mengandungi kadar merkuri yang tinggi.
Walaupun makanan laut yang mengandungi merkuri tidak merisaukan orang dewasa, namun berhati-hatilah jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil.
Makanan hamil tidak seharusnya mempunyai kadar merkuri yang tinggi kerana ia boleh membantutkan perkembangan bayi anda.
Isu merkuri, bahaya ke untuk si kecil saya?
Merkuri ialah sejenis logam yang boleh dijumpai secara semula jadi dalam persekitaran. Namun, kadar merkuri semakin tinggi dek kerana pencemaran oleh industri-industri yang berkembang pesat dan menjejaskan makanan laut.
Kajian mendedahkan merkuri yang tinggi dalam diet ibu hamil boleh memberi kesan negatif kepada bayi anda walaupun ibu tidak menunjukkan simptom.
Sistem saraf janin mudah terjejas ketika tempoh perkembangan yang cepat. Oleh itu, diet ibu hamil yang selamat sangat penting untuk bayi anda.
Kesan negatif pengambilan merkuri oleh ibu hamil terhadap bayi adalah:
- Masalah berkaitan dengan saraf
- Kerencatan mental
- Ataksia dan palsi serebrum
- Sawan
- Hilang deria pendengaran dan penglihatan
- Melambatkan pembangunan bayi
- Kecelaruan bahasa
- Masalah fungsi motor, keupayaan ruang visual dan daya ingatan
- Masalah jantung
- Tekanan darah tinggi
- Degupan jantung lemah
Jumlah makanan laut dalam diet ibu hamil yang dicadangkan
Beberapa cadangan hidangan untuk diet ibu hamil telah dikeluarkan oleh Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) di Amerika Syarikat termasuklah :
- Mengambil dua hingga tiga hidangan seminggu menggabungkan pelbagai jenis ikan. Jumlah hidangan ikan tidak sepatutnya melebihi 340 gram seminggu.
- Beberapa jenis ikan seperti ikan tuna putih dan ikan-ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggi hanya boleh dimakan sebanyak satu hidangan seminggu, seberat 170 gram sahaja.
- Elakkan ikan bermerkuri tinggi.
- Jika mendapat ikan tangkapan keluarga atau kawan-kawan, dapatkan nasihat daripada doktor mengenai jenis ikan tersebut. Jika tidak berkesempatan, hadkan pemakanan ikan tersebut kepada satu hidangan seminggu sahaja dan jangan makan ikan lain untuk minggu tersebut.
Jenis ikan yang selamat untuk dimakan
Ikan yang mempunyai tahap merkuri rendah tetapi kaya dengan omega-3 ialah :
- Salmon
- Ikan bilis
- Hering
- Sardin
- Trout air tawar
- Tenggiri
Makanan laut lain yang boleh dimakan ibu hamil termasuklah :
- Udang dan udang galah
- Ketam
- Sotong
- Tiram
- Ikan keli
- Tilapia
- Tuna dalam tin
- Ikan pollock
- Siakap hitam
Ibu hamil, elakkan pilihan ini!
Jenis ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggu selalunya ikan pemangsa yang besar seperti :
- Ikan marlin
- Ikan todak
- King mackerel
- Ikan yu
- Ikan orange roughy
- Ikan tilefish
Panduan makanan laut lain untuk ibu hamil
Langkah berjaga-jaga harus diambil jika masih inginkan makanan laut dalam diet ibu hamil.
1. Elakkan makanan laut mentah
Untuk mengelakkan diri daripada mendapat jangkitan kuman atau virus yang berbahaya, janganlah mengambil makanan laut yang mentah seperti sushi, sashimi dan tiram.
Makanan laut yang disalai juga sebaiknya dielakkan.
2. Masak makanan laut sepenuhnya
Kebanyakan makanan laut sepatutnya dimasak dengan suhu melebihi 63°C.
Ikan masak sepenuhnya apabila isi nampak seperti serpihan dan kelihatan gelap. Udang dan udang galah akan menjadi kemerahan dan isinya tampak berkilau dan gelap.
Kerang dan tiram seharusnya dimasak sehingga terbuka kerangnya. Jika ada yang tidak dibuka, buangkan kerang atau tiram tersebut.
Makanan laut baik untuk diet ibu hamil jika anda peka akan jenis ikan yang diambil. Hati-hatilah dengan pilihan ikan anda kerana ia boleh memberi komplikasi kepada si manja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source