Mongol Tumbang di Nusantara – The Patriots
Mongol ni antara empayar terkuat dalam dunia. Tapi kuat-kuat dia pun mesti kalah jugak. Paling mengejutkan bila Mongol Dinasti Yuan kalah dengan kerajaan yang baru nak bertapak di Jawa iaitu Majapahit.
Ceritanya bermula sebelum Raden Wijaya jadi pengasas kerajaan Majapahit.
Kertanagara menjadi raja Singhasari pada 1268. Pada 1289, Singhasari menolak daripada membayar ufti kepada Kublai Khan. Utusan Dinasti Yuan yang dihantar ke Singhasari dipotong telinga. Kublai Khan naik angin dan nak serang Pulau Jawa.
Kertanagara menjalankan Ekspedisi Pamalayu. Ekspedisi ni penting supaya takde kerajaan Melayu yang berpaling tadah kepada Mongol. Tapi belum sempat Mongol sampai, pemberontakan tercetus di Singhasari diketuai oleh Jayakatwang dari Kediri. Kertanagara terbunuh dan Jayakatwang menubuhkan Kerajaan Kediri.
Ada sorang kerabat Singhasari yang terselamat daripada pemberontakan iaitu Raden Wijaya sempat larikan diri ke Madura. Sampai je Mongol di Pulau Jawa pada 1292, Mongol pun jem siapa yang dia nak perang sekarang.
Wakil Raden Wijaya jumpa dengan Mongol, beliau beritahu panglima Mongol pasal pemberontakan Kediri dan Kertanagara terkorban. Raden Wijaya dan Mongol bentuk pakatan dan bermusuhan dengan Jayakatwang. Sebagai balasan atas bantuan Mongol, Raden Wijaya janji akan bayar ufti kepada Kublai Khan.
Pada 1293, pakatan tersebut menyerang Kediri mengorbankan 5000 tentera Kediri dan Jayakatwang menyerah diri. Raden Wijaya pulang ke daerah asalnya, kononnya menyiapkan bayaran ufti untuk beri kepada Mongol.
Raden Wijaya kumpul pasukan tenteranya dan lancarkan serangan mengejut terhadap Mongol yang sedang berpesta muda mudi meraikan kemenangan. Dalam keadaan sangat tak bersedia, lebih 10,000 tentera Mongol terkorban sama ada mati ketika serangan, malaria dan melarikan diri menaiki kapal.
Sebahagian kapal dimusnahkan dan tentera Mongol cuba melarikan diri ikut jalan darat. Ada yang lemas semasa cuba menyeberang ke Sumatera. Keadaan tidak memihak pada Mongol untuk serang balas menyebabkan diorang berlayar pulang ke China. Raden Wijaya dinobatkan sebagai raja dan mendirikan kerajaan Majapahit.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source