Pemergian anak secara mengejut empat hari sebelum hari raya baru-baru ini cukup buatkan hati ibu ini sebak. Mana taknya anak yang lahir sihat, hanya mengalami selesema beberapa hari sebelum itu dan kembali sihat pergi selamanya ketika tidur.
Menurut Puan Siti Noor Laila, pemergian anak syurga yang diberi nama Siti Nur Aisyah masih lagi terasa hingga ke hari ini. Malah dua kakaknya turut merindui adik.
Sebelum arwah meninggal, arwah memang ada selesema 2, 3 hari. Tapi lepas tu alhamdulilah arwah dah okay. Namun takdir Allah, Aisyah hanya sempat melihat dunia ini dalam tempoh 3 bulan selepas kelahirannya.
8/5/2021
Aisyah memang nampak macam lain dah hari terakhir tu, sebab bila saya suakan susu dekat Aisyah, Aisyah menolak tak nak susu. Tapi saya tak adalah fikir yang bukan-bukan. Aisyah pun anak yang paling senang saya jaga.
Dalam pukul 11 pagi macam tu, kami sekeluarga pergi rumah kedua sebab nak mengecat dan cuci rumah. Aisyah okay je macam biasa. Saya pun kurang bermain dengan Aisyah masa tu sebab sibuk tolong suami. Sesekali saya tengok-tengok juga Aisyah. Dah selesai semua, dalam pukul 5 macam tu, sebelum kami balik rumah sewa, kami pergi ke pekan sekejap belikan kek hari jadi anak sulung saya, lepas tu terus balik rumah.
Sampai rumah, saya letak Aisyah dalam buai sebab macam nak tidur, saya terus ke dapur nak masak lauk berbuka. Masa tengah masak tu, Aisyah meragam dalam buai, suami datang angkat Aisyah lepas tu suami bawa jalan-jalan depan rumah, saya teruskan memasak. Dah siap masak, suami datang bagitahu Aisyah buang air besar dalam kuantiti yang banyak sampai terkena baju suami. Saya ambil Aisyah dan saya mandi dan susukan Aisyah. Lepas tu Aisyah tidur, saya letak dalam buai semula sebab masa tu dah nak berbuka.
Aisyah tidur lena, sesekali saya jenguk-jenguk Aisyah dalam buai, sebab malam tu tengah potong-potong kek dengan anak sulung, kedua dan suami saya. Dalam pukul 10 lebih macam tu sebelum saya nak tidur, memang rutin saya akan angkat Aisyah letak atas katil, bedung dan lepas tu susukan Aisyah. Waktu tu Aisyah masih ada lagi. Aisyah memang tidur sebelah saya. Lepas susu, Aisyah tidur macam biasa, saya tak tidur lagi. Saya baring-baring sambil main HP.
Nak dekat pukul 12, sebelum saya lelapkan mata, saya cium-cium dan peluk Aisyah. Waktu tu Aisyah masih bernyawa lagi. Terus saya tertidur sampai saya tak sedar dah terlajak sahur, dalam pukul 6 saya kejut suami bagitahu dah terlajak sahur, suami cakap tak apa.
Dekat pukul 7 pagi, saya off semua suis lampu dan aircond, waktu saya tengok Aisyah atas katil, saya angkat Aisyah tapi dia macam tak bernyawa, nampak lain. Saya buka bedung Aisyah, tak ada respon, saya suruh suami tengok, suami tepuk-tepuk belakang arwah keluar darah dari hidung.
9/5/2021
Jam 7 pagi lebih tu kami sekeluarga terus bawa Aisyah ke emergency Hospital Angkatan Tentera. Sejam lepas tu doktor sahkan Aisyah memang dah meninggal, bagai nak gugur jantung saya
Anak yang saya kandungkan 9 bulan, hanya dapat hidup dengan saya selama 3bulan 4hari sahaja. Doktor bagitahu baby bawah 5 tahun kena buat postmortem, memang undang-undang macam tu.
Dengan berat hati, saya dan suami terpaksa akur. Tunggu polis sampai, polis bawa Aisyah ke Hospital Alor Gajah Melaka untuk buat potmortem. Mula dalam pukul 1, alhamdulilah pukul 3 lebih macam tu selesai postmortem.
Doktor nak jumpa saya dan suami untuk bagitahu hasil postmortem, doktor dah buat postmortem dan doktor tak dapat sahkan apa punca kematian arwah. Doktor bagitahu Aisyah meninggal bukan sebab terhempap atau tersedak susu tapi doktor suspek jangkitan kuman pada paru-paru,saluran injap ke jantung Aisyah bengkak, tak normal untuk baby 3bulan.
Tapi itu pun doktor tak boleh nak sahkan juga. Kami diminta tunggu 2bulan untuk tunggu result postmortem keluar. Selesai jumpa doktor, dalam pukul 4 lebih kami bawa jenazah Aisyah ke masjid untuk dimandi dan disembahyangkan. Dalam pukul 6 lebih, Aisyah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Tinggi, Tanjung Bidara, Melaka.
Al Fatihah untuk anak syurga mama.. (5 Februari – 9 Mei 2021)
Kredit: Siti Noor Laila
Nak tahu lanjut mengenai e-WORKSHOP ini boleh klik https://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source