Ikan Masak Bawang Asam, Ringkas Tapi Sedap!
Berperanan sebagai wartawan, penulis resipi, pengkritik makanan dan juga personaliti TV, nama Matt Preston sememangnya tidak asing lagi di Australia mahupun di peringkat antarabangsa. Beliau terkenal dan lebih dikenali sebagai juri di dalam program MasterChef Australia, Celebrity MasterChef, Junior MasterChef, MasterChef Australia Allstars dan Masterchef: The Professionals. Malah beliau turut muncul di dalam program MasterChef Italia, Masterchef Holland, Masterchef India, Masterchef Poland dan Masterchef NZ.
Selain itu, beliau turut menghasilkan artikel di kolum makanan yang muncul secara mingguan di dalam akhbar metro NewsCorp’s dengan jumlah gabungan lebih kurang 4 juta orang Australia setiap minggu serta merupakan seorang editor kanan kepada Delicious. dan Taste Magazine. Matt Preston juga telah mengeluarkan 5 buah buku masakan paling laris yang telah diterbitkan di Australia, Afrika Selatan, New Zealand, Belanda dan Portugal.
Apabila ditanya tentang cabaran sepanjang menjadi juri Masterchef Australia, Matt Preston mengakui bahawa ia bukan satu tugasan yang mudah lebih-lebih lagi apabila perlu mengkritik makanan negara luar dan menyampaikan kelemahan serta keistimewaan setiap hidangan yang dirasai kepada penonton. “Kami adalah program televisyen Australia, jadi kami akan memberi komen dari perspektif kami”, kata beliau.
Matt Preston juga akui kariernya itu sedikit sebanyak mempengaruhi tahap kesihatannya apabila beliau pernah mengalami masalah kandungan gula dalam darah yang tinggi 20 tahun yang lepas akibat tidak mengamalkan cara pemakanan yang baik dan mengambil hampir kesemua jenis makanan ringan tanpa memikirkan kesannya.
Gaya hidup Matt Preston berubah setelah isterinya, Emma telah mengarahkan beliau untuk menurunkan berat badan dan melarang dari mengambil semua makanan segera yang tinggi dengan lemak dan gula, termasuklah burger, fish and chips, pavlova dan biskut coklat Tim Tam yang dikatakan sebagai kelemahan setiap pengkritik makanan di sana. Tindakan itu dilakukan setelah Emma melihat ramai peminat Matt Preston memberikan komen dan menunjukkan kebimbangan terhadap berat badan beliau setiap kali muncul di kaca TV.
Walaupun perkara ini agak susah dan berat bagi seorang yang sering berhadapan dengan makanan, namun personaliti TV yang berumur 55 tahun ini tidak putus asa dan berjaya buktikan beliau mampu menurunkan berat badan. Malah, Matt Preston pernah kehilangan berat badan sebanyak 20kg pada tahun 2013 setelah mengamalkan gaya hidup dan cara pemakanan yang sihat.
Selain menjaga cara pemakanan, beliau juga aktif melakukan senaman dengan meluangkan masa berjalan, bermain tenis dan juga berenang. “Untuk kekal sihat, ia memerlukan dua perkara penting iaitu pengorbanan kerana banyak makanan kegemaran yang saya tinggalkan dan keduanya ialah senaman”, kata beliau.
Berkongsi tentang pengalaman mengembara di sekitar Asia Tenggara, beliau berasa sangat bertuah kerana dapat meneroka pelbagai perkara sepanjang pengembaraannya. “Saya sering mengembara ke Asia Tenggara dan dari sana lah saya mendapat idea bagaimana untuk menghasilkan hidangan Asia termasuklah sate, nasi ayam madu dan juga rendang”.
Siapa sangka Matt Preston juga meminati makanan Malaysia, termasuklah sambal petai, otak-otak dan sate. Katanya dia sangat menggemari rasa sambal yang terdapat di Malaysia dan apa yang membuatkannya bertambah enak apabila ia dicampurkan bersama petai.
Lebih membanggakan apabila beliau memberitahu ingin membawa inspirasi makanan Malaysia ke dalam masakannya. Tidak dapat dinafikan negara kita sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan jadi tidak mustahil buat Matt Preston untuk jatuh cinta dengan makanan yang ada disini.
Matt Preston bersama dua rakannya, Gary Mehigan dan George Calombaris sekali lagi menjadi pengacara dan juri dalam MasterChef Australia S10 yang telah dimenangi oleh Sashi Cheliah di peringkat final pada Julai lepas. Namun, peminat di Malaysia masih boleh menyaksikan program MasterChef Australia S10 di Lifetime Astro siaran 709 pada hari Isnin hingga Jumaat jam 8 malam.
Ini adalah antara 2 resipi pencuci mulut yang dikongsikan Matt Preston. Tidak banyak bahan yang digiunakan, ia sangat lah mudah dan sedap! Jom kita cuba!
SOS BUTTERSCOTCH BERSAMA PISANG MENTEGA DAN AIS KRIM
Bahan-Bahan
- 110g gula perang
- 150g unsalted butter – dicincang
- ½ cawan 125ml whipping cream
- 4 pisang masak
- ½ jus lemon
- 8 sudu kecil aiskrim vanilla
- ½ cawan (75g) salted peanut – dicincang
Cara Penyediaan (Sos Butterscotch)
- Letakkan 4 mangkuk pencuci mulut di dalam peti sejuk.
- Letakkan gula dan 100g mentega dalam periuk di atas api sederhana dan masak, kacau, selama 2-3 minit sehingga gula larut.
- Pukul dan tambahkan whipping cream perlahan-lahan, kemudian masak selama 1 minit lagi atau sehingga sebati.
- Tambahkan 1tsp garam dan kacau. Letakkan ke tepi.
Cara Penyediaan (Pisang Mentega)
- Cairkan 25g mentega dalam frypan di atas api sederhana sehingga berbuih.
- Kopek 2 ulas buah pisang dan potong memanjang.
- Tambahkan separuh dari jus lemon dan pisang yang telah dipotong ke dalam pan.
- Masak selama 1-2 minit sehingga pisang menjadi lebut dan kekuningan, tetapi masih kekal bentuknya ya.
- Kemudian letakkan ke tepi. Ulang step yang sama untuk baki 25g mentega, jus lemon dan buah pisang.
Cara Penyediaan
- Keluarkan mangkuk daripada peti sejuk dan letakkan 2 scoop aiskrim di setiap mangkuk.
- Tambahkan 1 ulas pisang yang telah dibelah dua ke dalam setiap mangkuk, kemudian curahkan dengan dengan sos butterscotch dan salted peanuts yang telah dicincang. Siap!
PUDING COKLAT MATT PRESTON
Bahan-Bahan
- 1 cawan (150g) tepung naik sendiri
- 1 cawan (220g) gula caster
- 1/2 cawan (50g) serbuk koko
- 60g unsalted butter – dicairkan & disejukkan
- Susu 1/2 cawan (125ml)
- ½ tsp vanilla extract
- 1 telur
- Aiskrim vanilla
Cara Penyediaan
- Panaskan oven pada 160°C. Grease kan bekas untuk membakar nanti.
- Ayakkan tepung, ½ cawan (110g) gula dan ¼ cawan (25g) koko ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Buatkan lubang atau ruang di tengahnya.
- Dalam mangkuk yang berasingan, pukul mentega yang telah dicarikan, susu, vanilla extract dan telur.
- Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam lubang atau ruang tadi, kemudian kacau secara kaup balik hingga sebati.
- Letakkan ke dalam bekas yang telah disediakan. Sebelum itu, campurkan baki 1/2cawan (110g) gula dan ¼ cawan (25g) koko dan taburkan ke atas puding tersebut.
- Tuangkan 2 cawan (500ml) air mendidih ke atas puding.
- Bakar selama 30-35 minit.
- Seteleh siap dibakar, biarkan selama 10minit untuk disejukkan sedikit.
- Taburkan puding tadi dengan lebihan koko dan hidangkan bersama aiskirm vanilla.
Kredit resipi & foto: delicious.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source