Kisah Kelahiran Nabi Isa – The Patriots
Tahukah anda, kalendar Masihi mula digunakan oleh Pope Gregory XIII bagi menggantikan kalendar Julian. Kita memanggilnya Masihi, kerana dekat dengan tarikh yang dikatakan Nabi Isa lahir. Apa kisahnya?
Kisah kelahiran Nabi Isa juga disebutkan dalam kitab Qasasul Anbiya’, karangan Imam Ibnu Katsir
Ketika Maryam merasakan masanya sudah tiba, dia telah membawa diri keluar dari Baitulmuqaddis dan pergi ke Baitul Laham. Maryam ingin melahirkan anak dalam kandungannya tanpa gangguan sesiapa jua.
Apabila masanya tiba, Maryam menyandarkan diri pada sebatang pokok kurma. Dia mengaduh, “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti lagi dilupakan.”
Malaikat Jibril datang dan berkata, “Janganlah engkau bersedih. Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arahmu, nescaya pokok itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.”
Maryam melakukan seperti yang diberitahu malaikat. Dia mengambil air minuman yang segar dan buah kurma yang manis agar mendapat tenaga untuk bertarung nyawa. Seterusnya, Maryam pun bersalin dan melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat. Anak tersebut dinamakan Isa, sama seperti yang diberitahu oleh malaikat sebelum ini.
Ketika Nabi Isa lahir, berhala-berhala besar yang terdapat di timur dan barat langsung jatuh berkecai dengan sendirinya. Syaitan turut menjadi bingung. Sewaktu kelahiran baginda, kelihatan bintang yang besar di atas langit. Seorang raja Parsi jatuh pengsan melihatkan petanda tersebut. Dukun diraja mengatakan, “Tuanku, bintang itu menunjukkan kelahiran seseorang yang agung di muka bumi.”
Selain itu, ada tiga orang lelaki bijaksana yang datang dari Parsi kerana melihat tanda kelahiran Nabi Isa. Mereka menemui Raja Herod yang Agung di istana Jericho terlebih dahulu. Mereka telah memaklumkan kelahiran seorang bayi yang bakal menjadi nabi. Ketika ini, Raja Herod yang Agung sudah jatuh sakit.
Kemudian, mereka pergi ke Baitul Lahma untuk menemui Isa anak Maryam demi memberikan hadiah berupa emas, kemenyan dan tumbuhan morhabshi kepada bayi berkenaan. Bagaimanapun, tiga orang lelaki bijaksana itu tidak singgah menemui Raja Herod yang Agung sekali lagi kerana mengetahui penguasa Yahudi tersebut akan mencari dan membunuh Nabi Isa.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Rumi ada menyebut tentang Nabi Isa dalam Mathnawi. Korang yang berminat nak mengenali sufi agung ini, boleh dapatkan buku kami! Bacalah Rumi: FILSUF CINTA ANATOLIA. Klik: https://shp.ee/e6n9puy
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source