Siapa yang Memulakan Takwim Hijrah?
Pada suatu hari, Umar al-Khattab merasa keliru dengan sebuah laporan kewangan bulanan negara. Dalam laporan, tertulis Syaaban. Tetapi, bulan Syaaban tahun ke berapa? Peristiwa itu mencetuskan kalendar Islam Hijirah.
Pada ketika itu, umat Islam telah membuka Baitulmuqaddis dari tangan Rom Byzantine. Umat Islam yang semakin besar memerlukan suatu sistem kiraan tahun yang bersepadu.
Sebelum itu, orang Arab sudah menggunakan kiraan tahun berasaskan peristiwa seperti Tahun Gajah dan Tahun Masihi. Namun, ia sukar diseragamkan dalam urusan pentadbiran, terutamanya menyangkut soal ibadah seperti Puasa Ramadan dan Haji di bulan Zulhijah.
Pada 20 Jamadil Akhir, Khalifah Umar berbincang dengan para sahabat, apakah tahun yang paling tepat untuk dijadikan permulaan kalendar Islam. Ada yang mencadangkan tahun Rasululullah SAW bangkit atau tahun baginda wafat.
Setelah berbincang dengan Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib, mereka memutuskan tahun Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah yang berlaku 17 tahun lepas sebagai permulaan kalendar Islam.
Kemudian, apakah bulan pertama dalam Hijrah?
Ada yang mencadangkan bulan Ramadan kerana kemuliaan ibadat puasa padanya. Bagaimanapun, Umar al-Khattab memilih bulan Muharam kerana jemaah haji pulang pada bulan itu dan ia disepakati oleh semua orang. Justeru, tarikh 1 Muharam tahun pertama Hijrah adalah bersamaan dengan 16 Julai tahun 622 Masihi.
Apa lagi signifikan bulan Muharam?
Hijrah menandakan pemisahan di antara hak dengan batil. Muharam pula menandakan seorang muslim bakal memulakan tahunnya dengan bersih suci, seperti bayi yang baru lahir.
Lebih-lebih lagi setelah mengamalkan sepotong hadis Nabi: “Barangsiapa yang melaksanakan haji di Baitullah ini kemudian tidak berkata kotor, tidak berbuat fasik maka dia kembali keadaannya seperti saat dilahirkan ibunya” (HR al-Bukhari dan Muslim).
Maknanya, 1hb Muharam tahun Hijrah menandakan keazaman seorang muslim untuk memperbaharui kehidupan dan memperbaiki ibadatnya, setelah semua dosa-dosanya digugurkan Allah berkat amalan Haji sebelumnya di bulan Zulhijah. Begitulah signifikan pemilihan tahun Hijrah dan bulan Muharam dalam kalendar Islam.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Islam menyediakan gaya hidup yang sempurna buat semua. Korang yang nak tahu lagi lanjut, kena dapatkan buku kami! Bacalah, KITAB TAMADUN ISLAM. Klik: https://shp.ee/j7kbf5a
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source