Akhirnya! Perodua setuju beli semula kereta Nagakanni dengan harga penuh
Kontroversi melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang mengalami kerosakan dalam masa lapan jam setelah dibeli kini mendapat pembelaan apabila pihak Perodua setuju beli semula kereta milik pengguna dikenali sebagai Nagakanni Subramaniam.
Kenyataan terbaru pemilik kereta Bezza
Menerusi posting yang dibuat wanita terbabit, dia meluahkan rasa lega apabila pihak Perodua mahu bertanggungjawab selepas berbalas-balas kenyataan sebelum ini.
“Perodua akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh!
Dengan keputusan ini, saya tak perlu lagi bayar bulan-bulan untuk kereta lama, dan semua bayaran sebelum ni pun saya akan dapat semula pemulangan wang,” ujarnya.
Perodua setuju beli semula kereta
Tak hanya itu, pihak jenama kereta tersebut juga menawarkan Nagakanni untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama atau membeli kereta lain.
Walau bagaimanapun, wanita berkenaan mengatakan yang dia perlu membuat keputusan dalam masa tujuh hari dari pemberitahuan tersebut.
“Perodua juga memberi tawaran untuk saya beli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama ATAU untuk saya menolak tawaran ni dan beli kereta lain.
“Saya perlu buat keputusan ni dalam 7 hari.
Terima kasih Perodua atas keputusan ini,” jelasnya lagi.
Perodua setuju beli semula kereta, berjaya tuntut hak sebagai pembeli
Susulan daripada itu, Nagakanni mengucapkan terima kasih diatas tanggungjawab yang diambil pihak Perodua bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Tak hanya itu, wanita terbabit juga sangat menghargai semua pihak yang menyokong tindakannya dalam menuntut hak sebagai seorang pembeli kereta.
“Yang paling penting, terima kasih kepada semua yang membantu saya menuntut hak ini. Saya terhutang budi dengan anda,” katanya.
“Kerana gula, semut bersatu”
Jelasnya, berdasarkan insiden yang terjadi dia belajar banyak perkara dan menganggap diri hanya seekor semut yang sedang berjuang demi hak dengan sebuah syarikat gergasi.
Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya seorang kerani yang hanya semut ni.
Tapi saya belajar sesuatu.
Walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya.
Akhirnya, kerana gula, semut bersatu,” Ujar Nagakanni.
Artikel lain: Wanita kecewa, diminta buat ‘loan’ baru selepas kereta Bezza dibeli tak sampai 8 jam rosak
Terdahulu, wanita berkenaan telah menzahirkan rasa kecewa apabila pihak Perodua menyuruhnya membuat loan baru memandangkan kereta jenis Perodua Bezza yang baru lapan jam diterimanya mengalami kerosakan pada 17 Oktober 2023.
Dia juga keliru apabila disuruh menggantikan kereta Bezza rosak tersebut dengan kereta baharu dengan alasan terdapat unsur asing dalam kenderaan tersebut seperti gula.
Sumber: Facebook Nagakanni Subramaniam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source