Tsunami 2004: Hikmah Disebalik Bencana
Sekali imbas, mesti korang tahu apa yang berlaku di sebalik gambar ini.
Sedar tak sedar, hampir genap 20 tahun bencana tsunami yang paling dahsyat pernah melanda Asia Tenggara khususnya di Aceh yang menerima impak paling buruk sekali.
Pada 26 Disember 2004, bumi Aceh dibadai gelombang tsunami susulan gempa bumi dahsyat bermagnitud 9.0 pada skala richter. Dalam sekelip mata, orang tersayang hilang daripada pandangan setelah ditelan ombak besar yang mengganas dengan kelajuan 800km/j dan ketinggian hampir 30 meter.
Kita juga dapat melihat betapa besarnya kuasa Allah SWT dikala tsunami ini terjadi.
Masjid Raya Baiturrahman, satu keajaiban berlaku ke atas masjid itu ketika tragedi apabila ia kekal utuh walaupun kawasan sekitarnya musnah dan ditenggelami air.
Malah, ribuan penduduk Aceh berlindung di situ dan menyaksikan sendiri gelombang hitam pekat ‘menyapu’ apa sahaja.
Ia membuktikan kekuasaan Allah SWT mengatasi segala-galanya. Semua itu terjadi atas kehendak-Nya dan tiada siapa yang mampu menandingi kekuasaanNya.
Bencana itu menyaksikan 250,000 nyawa terkorban dan memberi kesan kepada 18 negara, antaranya adalah Malaysia, Thailand, Sri Lanka, India, Maldives, Bangladesh, Somalia dan Tanzania.
Banda Aceh antara kawasan paling teruk terjejas, menyaksikan penempatan seluas 64 kilometer persegi itu musnah sama sekali manakala jumlah korban mencapai 167,000 mangsa. Malah, ada juga laporan bahawa ada 35,000 mayat tidak pernah ditemui.
Namun bagi mereka yang terselamat, hidup perlu diteruskan. Begitu juga dengan Banda Aceh yang kini pesat membangun manakala penduduk tempatan mulai membina kehidupan baru.
Di Aceh juga setelah tragedi tsunami ini, berakhirnya pemberontakan Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang menentang pemerintah Indonesia hampir 30 tahun kerana menuntut kemerdekaan.
Peristiwa tsunami yang dianggap “kiamat kecil” bukan sahaja menamatkan sengketa tiga dekad pada 15 Ogos 2005 itu tetapi juga bagaikan berakhirnya masa depan kehidupan mangsa.
Bagaimanapun kita dapat lihat semangat kental penduduk Aceh yang terselamat terus bangkit untuk membina semula kehidupan yang musnah akibat tsunami.
Bagi yang bertani, mereka mula bercucuk tanah di ruang lapang dan tanaman begitu subur manakala yang lainnya mula mencari penghidupan baharu termasuk berniaga. Tak lupa juga, agama Islam semakin harum mekar di bumi Aceh Serambi Mekah.
Bencana-bencana alam berlaku untuk mengingatkan kita kepada kekuasaan Tuhan yang esa. Bencana alam juga ada disebut di dalam novel kami, MENCARI MENDAM BERAHI. Dapatkan segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source