Macam Mana Sebenarnya Cerita Ulek Mayang?
Ulek Mayang, satu urban legend yang takkan dapat dipisahkan dengan negeri Terengganu.
Masakan tidak, pernah sekali masa saya belajar di UniSZA, saya cari lirik ulek mayang di google. WiFi UniSZA pun siap block lirik lagu tu.
Macam mana sebenarnya cerita legenda Ulek Mayang ni?
Beberapa versi wujud dalam kisah Puteri Tujuh ni iaitu diorang dikatakan berasal dari benua India yang bermastautin di Pulau Besar Melaka.
Kisah lain pula mengatakan puteri tujuh atau bidan tujuh ni berasal daripada Langkawi iaitu kawasan pentadbiran Panglima Hitam.
Dan ada juga mengaitkan bidan tujuh/puteri tujuh itu sebagai sosok dalam lagu Ulek Mayang.
Bidan tujuh ni merupakan “pakar” ilmu perbidanan Melayu sehingga turut disebutkan dalam Hikayat Malim Deman. Sekadar pengetahuan, hikayat ni ditulis sekitar 500 tahun yang lalu.
Bidan tujuh ini telah ditugaskan menjaga Puteri Bongsu iaitu isteri Malim Deman yang berasal dari Kayangan. Mengikut cerita masyarakat tempatan, pada suatu hari beberapa orang nelayan telah turun ke laut namun tidak lama kemudian perahu mereda telah dibadai oleh ombak.
Bidan tujuh ini telah ditugaskan menjaga Puteri Bongsu iaitu isteri Malim Deman yang berasal dari Kayangan. Mengikut cerita masyarakat tempatan, pada suatu hari beberapa orang nelayan telah turun ke laut namun tidak lama kemudian perahu mereda telah dibadai oleh ombak.
Mereka kemudiannya dihanyutkan ombak ke pantai.
Kesemua mereka sedar kecuali seorang sahaja kawan mereka yang tidak sedarkan diri. Pada awalnya mereka menyangka, kawannya itu sudah mati tetapi kawannya itu masih bernafas.
Akhirnya mereka memanggil bomoh untuk memulihkan kembali semangat kawannya itu. Rupa-rupanya kawannya itu terkena sampuk dengan Semangat Laut. Maka bomoh itu pun membaca mentera untuk mengembalikan semangat lelaki tersebut yang terperangkap di alam bunian.
Bomoh itu terpaksa berlawan dengan 6 orang puteri bunian tersebut sehinggalah puteri tujuh yang juga puteri sulong itu datang. Bomoh tersebut telah merayu puteri tujuh itu untuk membebaskan semangat lelaki tersebut.
Akhirnya puteri tujuh tersebut bersetuju untuk membebaskan semangat lelaki tersebut. Sebagai tanda terima kasih maka bomoh tersebut telah menjamu bunian tersebut dengan nasi kuning. Akhirnya lelaki tersebut sedarkan diri.
Kemudian ulek mayang ini terus digunakan sebagai salah satu cara perubatan oleh masyarakat Melayu lama. Kini perubatan “mistik” ini sudah dilupakan namun ulek mayang masih dipersembahkan untuk tujuan pertunjukan sahaja.
Nak baca sesuatu yang meremang bulu roma korang? Dapatkan PUAKA LEMBAH PERASING tulisan novelis seram tersohor Malaysia Saidee Nor Azam segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source