“Okay done kahwin sekali lagi!” -Farah Lee tamatkan zaman solo
Pempengaruh dan juga aktivis kemanusiaan, Farah Lee tamatkan zaman solo apabila memuat naik gambar memegang lengan seorang lelaki dengan kapsyen memberitahu sudah berkahwin.
Tahu-tahu kahwin!
Menerusi hantarannya di Instagram, Farah atau nama sebenarnya, Nurfarahin Romli menulis kapsyen ringkas memberitahu telah berkahwin lagi pada 5 Januari 2024 dengan jejaka dikenali sebagai Fuad.
Farah Lee tamatkan zaman solo, ramai ucap tahniah
Perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada kenalan dan juga para pengikutnya di media sosial apabila teruja melihat pempengaruh itu kembali bergelar isteri.
Walaupun belum mendedahkan wajah jejaka yang berjaya menambat hatinya, namun kebanyakan warganet tumpang gembira serta mendoakan agar pasangan berkenaan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Ramai doakan Farah Lee terus bahagia lepas tamatkan zaman solo
Ramai yang tumpang gembira
Mesti Maream paling happy!
Untuk rekod, Farah Lee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara televisyen iaitu Ally Iskandar Mardzi pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 7 Ogos 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.
Artikel lain: Fitnah & tiada bukti kukuh! Farah Lee nafi dakwaan hutang arwah bapa RM130k
Baru-baru ini juga, nama pempengaruh berkenaan menjadi sebutan apabila ada kenyataan daripada pengguna media sosial mendakwa yang allahyarham bapa Farah ada berhutang dengan seorang individu.
Walau bagaimanapun, pihak Farah Lee sudah mengeluarkan kenyataan balas dan individu yang membuat dakwaan juga telah melakukan permohonan maaf kepada keluarga influencer terbabit.
Sumber: Instagram farahlee_
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source