Anwar arah laporan kemajuan projek dihantar setiap bulan
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan semua laporan kemajuan projek kementerian, jabatan, dan agensi perlu dihantar setiap bulan.
Katanya, kaedah itu merupakan pendekatan baharu diperkenalkan tahun ini.
Beliau berkata, laporan terbabit perlu melalui ketua pengarah dan ketua setiausaha kementerian kepada ketua setiausaha negara (KSN untuk dimaklumkan kepadanya.
“Laporan bulanan ini harus dihantar melalui ketua pengarah, ketua setiausaha kementerian dan kepada Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali untuk makluman saya.
“Selalunya, apabila ketua jabatan, KSU jumpa dalam perbincangan (dengan) saya, dalam mesyuarat jawatankuasa Kabinet, semua mencadangkan minta peruntukan, tambah projek…ya memang dibolehkan.
“Tetapi, ada kaedah baharu nak kita perkenalkan, mesti ada laporan bulanan, apa yang dilakukan, apakah sumbangan saudara dalam usaha melaksanakan projek itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Anwar menyarankan sektor pendidikan negara tidak boleh lagi terikat dengan acuan lama dan melakukan anjakan paradigma.
Katanya, penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dan pelajar perlu dipertingkatkan agar lebih baik, berbanding sebelum ini.
Anwar turut berharap program digital dilaksanakan dengan lebih drastik dan agresif bagi mengelakkan Malaysia ketinggalan berbanding negara lain.
Katanya, bagi menjayakan program itu Kementerian Digital ditubuhkan supaya negara dapat memberi fokus dalam bidang berkenaan.
“Program digital harus dilakukan drastik, agresif daripada yang dahulu, kalau tidak kita akan ketinggalan, begitu juga program lain di kementerian lain umpamanya digital.
“Saya tidak fikir Malaysia boleh bersaing dengan pantas, dengan tahap kelajuan yang dicapai oleh negara lain tanpa fokus dalam bidang digital,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source