“Ini Mengecewakan & Tidak Berasas…” – CEO McDonald’s Akui Impak Negatif Boikot Terhadap Perniagaan
Mungkin ramai anak muda kini yang tidak mengetahui sejarah tentang Kesultanan Melayu yang pernah berada di Singapura.
Jika sebelum ini anda pernah melancong ke Singapura dan melawat Pusat Warisan Melayu atau lebih dikenali dengan nama Malay Heritage Center di kawasan Kampung Glam, muzium ini pernah menjadi Istana dan merupakan tempat tinggal keluarga Diraja sebelum mereka diarahkan keluar dari bangunan tersebut untuk tujuan pembangunan semula sekitar tahun 1999.
Sejarah asal bangunan ini bermula apabila Sultan Hussein Shah yang merupakan Sultan Johor lama ke-18 mengarahkan pembinaannya pada tahun 1819. Namun begitu menurut sumber, Sultan Hussein Shah tidak menghabiskan hayatnya di sini kerana baginda meninggal di Melaka pada tahun 1835.
Hanya pada tahun 1840, anakandanya Sultan Ali Iskandar Shah, membina semula Istana Kampung Glam dengan lebih kukuh.
Menurut sumber lagi, Sultan Ali diangkat sebagai Sultan Singapura pada tahun 1855 namun kuasanya tidaklah terlalu besar. Selepas kematiannya, hak Istana tersebut menjadi perebutan tiga isteri baginda. Namun begitu kerajaan Singapura memutuskan yang Istana tersebut milik kerajaan.
Namun atas budi bicara, keluarga Sultan Ali diberikan keistimewaan untuk kekal menetap di situ sehinggalah diarahkan keluar oleh kerajaan Singapura. Arahan keluar tersebut adalah bagi membangunkan semula Istana Kampung Glam yang semakin usang akibat tidak diselenggara dengan baik menjadi sebuah muzium. Bangunan ini kemudiannya diiktiraf sebagai salah satu Monumen Kebangsaan.
Sebelum itu keluarga DiRaja tersebut memperoleh kira-kira $17’000 setahun dan wang itu dikongsikan bersama 79 keturunan Sultan Hussein. Setelah disuruh berpindah kerajaan Singapura menawarkan pampasan dan juga bantuan untuk membantu mereka berpindah.
Menurut laporan The Straits Times, kerajaan Singapura menawarkan kepada keluarga DiRaja tersebut sebanyak $350,000 setahun untuk dikongsi selama 30 tahun.
Kini, andai kata sempadan dibuka semula. Jika anda berkunjung ke Singapura bolehlah melawat Malay Heritage Center untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah orang-orang Melayu dan juga keluarga DiRaja Singapura.
APA JADI KEPADA KETURUNAN SULTAN?
Singapura merupakan sebuah negara republik dan sekular yang tidak mengiktiraf keistimewaan berdasarkan keturunan. Walaupun mereka merupakan keturunan DiRaja, hakikatnya mereka harus hidup bersama masyarakat berdasarkan meritokrasi. Siapa yang rajin, berusaha dan pandai pasti akan hidup lebih senang.
Menurut laporan reuters, keturunan Sultan Singapura itu kini hanyalah rakyat biasa yang bekerja sebagaimana rakyat Singapura yang lain.
Tengku Indra yang merupakan salah seorang keturunan Sultan Hussein Shah berpendapat, “Keluarga ini bukan sebuah Dinasti. Tidak penting sama ada anda berketurunan DiRaja ataupun tidak. Apa yang penting adalah anda harus memperoleh kehidupan melalui meritokrasi dan bukannya menikmati status yang ditentukan berdasarkan kedudukan nenek moyang.”
Tengku Indra merupakan seorang konsultan berjaya di Singapura dan pernah menetap di Istana Kampung Glam ketika zaman kanak-kanaknya.
Salah seorang lagi keturunan DiRaja Singapura, Tengku Faizal, 44 tahun, setelah dia meninggalkan istana pada tahun 1999 dia mengambil pekerjaan sebagai pembersih di sebuah kondominium dan akan diusik kerana menjadi putera yang menguruskan sampah.
Dalam temubual bersama reuters, beliau berkata, “Kami tidak pintar dan kami tidak kaya, kami hanya memiliki pangkat.” Kini bekerja sebagai seorang pemandu teksi sebagai mata pencarian. Isterinya pula bekerja sebagai kru restoran di McDonald bangi meringankan beban keluarga.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source