Leona sedih, sahabat baik sendiri bercinta dengan bekas kekasih selepas berpisah
Kecoh di media sosial apabila pempengaruh, Kasih Iris Leona mendedahkan sahabat baiknya sendiri bercinta dengan bekas kekasih selepas mereka berdua berpisah.
Hati Leona retak..
Menerusi video dimuat naik Leona yang juga anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman, ia seakan memberi bayangan hati hancur kerana rakan baik sendiri belot dirinya.
“Hati saya (retak, pecah) apabila sahabat baik saya menjalinkan hubungan percintaan dengan bekas kekasih selepas kami berpisah,”kapsyen yang ditulis pada video berkenaan.
Malah, pempengaruh berusia 22 tahun itu turut mengakui tahun 2023 memberikan kesan trauma buat dirinya.
Bagaimanapun, Leon menjelaskan emosinya kini sudah stabil dan sudah boleh menerima kenyataan termasuk membuat jenaka mengenai perihal tersebut.
@leonsmeonss my 2023 trauma 😍😍😍❤️ i am over it tho so dont worry i can joke about it now 🥰
YouTuber CupCake Aisyah dipetik netizen, bercinta dengan bekas kekasih Leona
Meskipun tidak menyatakan nama sahabat baiknya, namun warganet dilihat seakan dapat meneka dengan memetik nama YouTuber yang kini pelakon drama My Famous Ex-Boyfriend, Cupcake Aisyah.
Ini kerana mereka berdua memang bersahabat baik selain Aisyah juga pernah memuat naik sebuah video di platform YouTube yang menampilkan bekas kekasih Leona yang hadir pada lewat malam.
Dalam video tersebut, Aisyah sempat menyuruh Ryan memakaikan jam jenama mewah yang baru dibeli di tangannya dan itu membuatkan netizen rasa menyampah hingga melabel pempengaruh terbabit ‘pick-me girl’.
Macam ni rupanya cupcake Aisyah backstab Leona. 😂 pic.twitter.com/jFFXvRkTut
— Bbie. (@twtbiy) January 6, 2024
Dah la lepak dengan bf leona then bangga pula pi cerita. Aisyah cupcake ni hati kering betoi. pic.twitter.com/Lp9HEw9EOr
— Bbie. (@twtbiy) January 6, 2024
Tak backup anak tapi tahu setiap gerak geri…
Sementara itu, ibu kepada Aisyah, Sue Razip tampil bersuara demi pertahankan anak perempuannya daripada terus-menerus dipersalahkan.
Jelasnya dalam hantaran dimuat naik di Instagram Story, setiap cerita mempunyai dua ‘side’ dan jangan terlalu cepat salahkan satu pihak sahaja.
Dia juga menafikan bahawa dirinya menyokong anak membuat hal-hal terkutuk seperti itu. Tetapi dirinya lebih mengetahui mengenai orang yang berada di sekeliling anaknya, sama ada mereka toxic ataupun gila ‘glamour’.
mak cupcake aisyah reply guysss pic.twitter.com/D0XXizk371
— for hiyyih🩷 (@hanisgray) January 6, 2024
Artikel lain: Bekas kekasih ada pengganti baru? Ramai beri kata semangat kepada Leona
Sumber: TikTok @leonsmeonss, X search
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source