Takaful Malaysia lanjutkan kerjasama bankatakaful dengan Bank Rakyat
Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mengumumkan lanjutan kerjasama bankatakaful dengan Bank Rakyat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, pakatan strategik antara Takaful Malaysia dan Bank Rakyat itu telah memacu perniagaan yang mampan.
“Kerjasama berterusan kami dengan Bank Rakyat adalah bukti aspirasi kami untuk memberikan nilai kepada para pelanggan bank.
“Bersama-sama, kami akan terus meningkatkan kesejahteraan kewangan para pelanggan dengan menawarkan akses kepada rangkaian produk perlindungan yang komprehensif dan mampu milik serta mengukuhkan perniagaan perancangan kewangan takaful keluarga.
“Kerjasama bankatakaful ini menjadi landasan penting dalam usaha kami untuk membantu para pelanggan Bank Rakyat mencapai matlamat kewangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nor Azman berkata, gabungan kepakaran Takaful Malaysia dengan Bank Rakyat mewujudkan sinergi untuk memperkukuhkan portfolio perniagaan mereka.
“Hubungan ini mewujudkan sinergi untuk memperkukuhkan portfolio perniagaan kami dalam segmen runcit untuk rangkaian produk takaful keluarga dan simpanan yang komprehensif dan mampu milik serta utuh dalam perniagaan berkaitan kredit.
“Kerjasama bankatakaful ini mencerminkan dedikasi kedua-dua belah pihak untuk memberikan perkhidmatan kewangan yang terbaik dan memantapkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam landskap industri perkhidmatan kewangan Islam yang berkembang pesat,” ujarnya.
Kerjasama bankatakaful ini menjadi satu tanda aras penting bagi kedua-dua institusi kewangan Islam terkemuka untuk memenuhi keperluan pelanggan Bank Rakyat.
Dalam pada itu, ia juga memberi jaminan kewangan melalui rangkaian penyelesaian perlindungan yang diuruskan oleh Takaful Malaysia.
Lanjutan kerjasama ini mencerminkan dedikasi Takaful Malaysia untuk memanfaatkan keupayaan dalam menawarkan pelanggan Bank Rakyat dengan penyelesaian perlindungan yang bersesuaian dan relevan dengan keperluan mereka.
Sebagai sebuah bank koperasi Islam yang terkemuka di negara ini, Bank Rakyat sentiasa berdedikasi untuk memastikan pelanggannya mendapat akses kepada produk dan perkhidmatan insurans patuh syariah.
Kerjasama ini membolehkan kedua-dua institusi kewangan Islam menawarkan penyelesaian perlindungan yang inovatif dan berteraskan pelanggan, sekaligus menjamin kewangan pelanggan di masa hadapan.
“Melangkah ke hadapan, Takaful Malaysia dan Bank Rakyat akan kekal fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan menawarkan penyelesaian perlindungan yang berpatutan dan komprehensif.
“Kami teruja dengan kerjasama ini dan berharap dapat mengukuhkan lagi hubungan kami dengan Bank Rakyat,” kata Nor Azman lagi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source