Polis buka kertas inkuiri, siasat isu kenyataan Ngeh
PETALING JAYA: Polis membuka kertas inkuiri (KEP) berhubung kenyataan sensitif Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dalam isu membabitkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), baru-baru ini.
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata di bawah klasifikasi itu, semua laporan yang diterima diserahkan kepada IPD Kuantan berikutan laporan pertama dibuat di sana.
Beliau berkata setakat ini pihaknya menerima 16 laporan polis yang dibuat di Perak terhadap pemimpin DAP terbabit.
“Kita sudah terima 16 laporan, siasatan telah bermula dan dijalankan di bawah KEP,” katanya ketika dihubungi hari ini, menurut Sinar Harian.
Ngeh sebelum ini mencadangkan pakar dari kalangan bukan Islam dilantik ke dalam jawatankuasa khas untuk mengkaji kompetensi DUN bagi menggubal undang-undang Islam.
Ketika mencadangkan pelantikan itu, beliau menjelaskan ia agar jawatankuasa tersebut dapat mengambil kira pandangan orang bukan Islam supaya hak dan perlindungan yang diberikan Perlembagaan tidak terjejas.
Bagaimanapun, cadangan pemimpin DAP itu mendapat bantahan keras daripada pemimpin Umno dan pembangkang yang menganggap Ngeh cuba mencampuri urusan hal ehwal Islam.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mempengerusikan MKI turut mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.
Ngeh kemudiannya memohon maaf dan menarik balik saranannya yang mengeluarkan cadangan itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source