“Boyfriend saya lagi hot daripada suami dia..”- Fathia Latiff tiada niat hancurkan rumah tangga orang
Pelakon Fathia Latiff mendedahkan dirinya tidak mempunyai niat untuk menghancurkan rumah tangga pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza.
Fathia Latiff tiada niat hancurkan rumah tangga orang
Sebaliknya, dia kini mempunyai teman lelaki yang jauh lebih kacak jika hendak dibandingkan dengan bekas teman lelakinya yang juga aktor Aiman Hakim Ridza.
Bagaimanapun, Fathia tidak merancang untuk mendedahkan identiti atau teman lelakinya kepada umum.
“Bukan saya nak menghancurkan rumah tangga orang. Tapi boyfriend saya lagi ‘hot’ daripada suami dia (Zahirah Macwilson).
“Jadi buat apa saya nak merampas?”ujar aktres berusia 38 tahun itu.
Artikel lain: “I know you still love me..”- Fathia Latiff kongsi foto zaman bercinta dengan Aiman Hakim Ridza
Fathia berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dibuat di platform TikTok pada Khamis.
Tetap pendirian, tak kisah dikecam
Aktres berusia 37 tahun berkata, dirinya tidak kisah seandainya ramai dalam kalangan warganet meninggalkan komen-komen negatif bersifat kecaman.
Jelas Fathia, dia tidak mempunyai keupayaan untuk menghalang orang ramai terus berhenti bercakap buruk mengenai dirinya.
“Chill lah. Muka dia memang macam bibik kan. Saya tak kisah pun apa korang cakap sebab korang yang berada di bawah tapak kaki saya.
“Sebab itulah saya tak terkesan langsung. Korang yang buat saya semakin dikenali. Saya tak kisah orang ramai bencikan saya.
“..sebab saya tidak boleh mengawal mereka. Saya tetap dengan pendapat saya,”ujarnya lagi.
@astrogempak GempakNews: Fathia tampil mengulas situasi sekarang. Baca di www.gempak.com
Bagaimanapun, dia tetap dengan pendirian terhadap pemilik nama Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson yang dikatakan seperti bibik (pembantu rumah) sebelum ini.
Dalam pada itu, Fathia turut menyoal orang ramai yang tampil mempertahankan Zahirah Macwilson seakan mereka ini seperti aktres jelita tersebut memberi wang.
Sebelum ini, dia memuat naik gambar bersama Aiman Hakim Ridza yang dipercayai diambil sewaktu mereka berdua sedang hangat bercinta.
Malah, dia turut mencoretkan kapsyen ringkas dengan mengatakan aktor berusia 34 tahun itu masih mencintai dirinya.
Sehingga kini, pihak pasangan selebriti Aiman dan Zahirah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbalas, sebaliknya fokus pada kerjaya masing-masing.
Sumber: TikTok @astrogempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source