Netizen kagum, Noor Nabila timbang lauk sebelum makan
Usahawan yang juga merupakan kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila sekali lagi berjaya mencuri perhatian netizen selepas tular video dia menimbang lauk sebelum makan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok Rosix Omar, dia menunjukkan pelbagai juadah yang disediakan oleh Nabila berserta alat penimbang yang turut berada di atas meja makan.
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! Mkn2 dgn Miss Bell!! #rosixomar
“Tengoklah Nabila, dia ajak kita makan tapi yang pentingnya rahsia dia ni. Dia makan kena ada penimbang,” kata rakan baik Nabila itu.
Dalam nada berseloroh, Rosix berkata dia diminat untuk menikmati hidangan dengan banyak namun wanita berusia 39 tahun itu hanya akan makan sedikit sahaja.
“Dia kena timbang berapa banyak dia makan, ni masalah negara aku pun tak faham. Kejap lagi dia suruh kita makan banyak-banyak, dia pula timbang,” ujarnya.
Nabila kemudian dilihat mengambil isi ikan sambil menimbang bagi mengira berat atau kuantiti lauk sebelum menjamah makanan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa kagum dengan tindakan ibu kepada seorang cahaya mata itu yang menjaga pemakanan selain memuji tubuhnya yang langsing.
Sebab tu dia cantik!
Bagus dia ni jaga makan masa muda
Untuk kesihatan, meningkat usia kena kurangkan makan
Jenis jaga rupanya
Patut la kurus
Dalam pada itu, ada juga segelintir individu berseloroh mengatakan mahu mencontohi tindakan Nabila menimbang makanan sebelum makan.
Nak kurus kena timbang
Kena buat macam ni
Kena beli penimbang ni
Nak cuba juga
Patutlah bentuk badan jadi idaman ramai, orangnya pun berdisiplin. Kena tahu jenis bahan dan jumlah nutrisi yang masuk dalam badan, rajin ke tidak?
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source