Ramai yang pernah sakit gigi. Kata orang sakit gigi boleh buat penderitanya bad mood berhari-hari. Kalau datang denyutnya, member bergurau pun boleh jadi gaduh. Lebih buat stres, pergi jumpa doktor gigi tapi tak boleh buat apa kerana gusi bengkak dan tak boleh buat apa-apa.
Di sebalik sakit gigi berlubang, korang tentu nak tahukan apa punca gigi kita boleh berlubang. Dr Latif Saad dari page The Diagnosa Original berkongsi tentang punca dan cara rawatan bagi masalah gigi berlubang.
Gigi berlubang selalunya bermula daripada lubang yang kecil dan tidak dirawat. Pada mulanya lubang ini tidak menyebabkan apa-apa masalah atau sakit sehinggalah saiznya besar.
Dengan hanya pemeriksaan doktor gigi secara berkala sahaja boleh mengesan lubang kecil pada bahagian gigi ini.
Punca Gigi berlubang:-
Lubang pada gigi adalah disebabkan pembentukan plak pada gigi. Plak pula merupakan gabungan bakteria, air liur, asid dan serpihan makanan.
Semua orang mempunyai bakteria secara semulajadi di dalam mulutnya. Selepas makan atau minum air yang bergula, bakteria akan menukarkan gula kepada bahan yang berasid.
Ini menyebabkan plak tersebut terbentuk sebaik sahaja seseorang itu habis makan. Sebab itulah perlunya seseorang itu kerap menggosok gigi.
Plak ini melekat pada gigi dan sedikit demi sedikit asid yang terhasil akan menghakis lapisan enamel gigi.
Faktor risiko
Semua orang mempunyai risiko untuk menghadapi masalah ini. Tetapi terdapat beberapa orang yang mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding orang lain.
– Selalu ambil air atau makanan manis
– selalu ambil makanan berasid atau masam
– Kebersihan gigi yang kurang. Kurang gosok gigi
– Tidak mendapat florida yang mencukupi
– Mulut kering
– Asid refluks(GERD). Asid daripada perut juga boleh merosakkan gigi
– Penyakit psikiatri seperti Bulimia
Penyakit Bulimia adalah penyakit psikiatri dimana pesakit selalunya akan merasa serba salah apabila telah makan dan akan memuntahkan makanannya keluar berulang-ulang kali. Asid dalam muntah tersebut akan merosakkan gigi dan menyebabkan gigi pesakit berlubang.
Simptom penyakit ini bergantung kepada saiz dan keadaan lubang pada gigi tersebut. Beberapa simptom tersebut adalah
Gigi sensitif
Sakit gigi
Lubang pada gigi
Warna kuning pada gigi
Rawatan
Doktor gigi selalunya akan menentukan sama ada terdapat gigi berlubang atua tidak melalui pemeriksaan gigi. Akan tetapi terdapat kawasan gigi yang tidak dapat dilihat dengan pemeriksaan mulut.
Oleh itu, sesetengah pesakit perlu melakukan x-ray untuk melihat kawasan gigi yang bermasalah.
Jenis rawatan adalah bergantung kepada keadaan gigi pesakit. Terdapat beberapa cara untuk merawat pesakit. Ia adalah:
Rawatan Awal
Gigi yang berlubang boleh menyebabkan rasa sakit dan sensitif kepada gigi. Ia juga boleh menyebabkan gusi bengkak. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan simptom tersebut
Kekalkan kebersihan gigi. Sentiasa menggosok gigi pada waktu pagi dan petang supaya gigi sentiasa bersih.
Ubat tahan sakit. Boleh pergi ke farmasi untuk mendapatkan ubat tahan sakit sebelum sampai ke klinik
Kawal jenis makanan. Elakkan makanan yang terlalu panas atau sejuk kerana ia boleh menyebabkan sakit tersebut semakin bertambah
Tampal gigi
Doktor akan menggunakan satu alat untuk membuang bahagian gigi yang sudah reput di lubang tersebut. Kemudian, satu bahan akan diletakkan di dalam lubang tersebut dan dibiarkan mengeras.
Crown gigi
Crown gigi adalah satu prosedur dimana satu bahan yang berbentuk gigi diletakkan pada bahagian atas gigi yang sudah teruk atau reput.
Disebut sebagai crown(Mahkota) kerana bentuk gigi seperti gigi geraham adalah seperti mahkota. Prosedur ini menggantikan bahagian atas gigi yang sudah rosak
Root canal
Rawatan ini diperlukan apabila lubang itu telah sampai kepada bahagian saraf gigi. Dalam prosedur ini, doktor akan membuang tisu saraf dan saluran darah di kawasan gigi yang reput itu.
Kemudian, lubang tersebut akan dimasukkan dengan bahan yang akan mengeras. Crown juga akan dibuat bagi merawat gigi tersebut
Komplikasi
Terdapat beberapa komplikasi jika keadaan ini dibiarkan tanpa rawatan. Perkara tersebut adalah:
Sakit gigi yang berpanjangan, nanah pada bahagian gigi. Ia boleh mengancam nyawa, gigi boleh patah, susah untuk mengunyah makanan disebabkan sakit gigi
Cara untuk mengelakkan gigi berlubang
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kepada masalah ini. Ia adalah:
Gosok gigi sebanyak dua kali sehari dan gunakan ubat gigi yang mempunyai flourida
Kurangkan makanan manis atau berasid
Kurangkan pengambilan snek
Sentiasa memeriksa gigi lebih kurang setahun sekali
Makanan yang mempunyai fiber yang banyak
Makanan yang mempunyai jumlah kalsium yang tinggi
Teh hijau yang tiada gula
Air yang mempunyai flourida
Rujukan:
Decay. (n.d.). mouthhealthy.org/en/az-topics/d/decay.
Mayo Clinic Staff. (2017). Cavities/tooth decay: Diagnosis.
mayoclinic.org/diseases-conditions/cavities/basics/preparing-for-your-appointment/con-20030076
Mayo Clinic Staff. (2017). Cavities/tooth decay: Overview.
mayoclinic.org/diseases-conditions/cavities/basics/definition/con-20030076
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source