Tidak semua dari kita punya rezeki untuk berpantang bersama ibu di kampung. Kekangan tanggungjawab lain membuatkan kita terpaksa berpantang sendiri di rumah. Apa nak buat jika terpaksa pantang sendiri?
Bagi anda yang tiada pengalaman berpantang sendiri, berikut antara perkara utama yang perlu dititikberatkan:
1. Atur jadual
Sekiranya perlu untuk berpantang di rumah sendiri, pastikan anda melakukan perancangan awal dan menyediakan aturan jadual yang rapi. Ini penting bagi memudahkan perjalanan harian anda nanti.
Antara rutin yang perlu dirancang adalah:
Pengurusan bayi – memandikan, menyusu, menidurkan, mengepam susu
Pengurusan rumah – memasak, mengemas rumah, mencuci pakaian
Penjagaan kesihatan diri – mandi, berbengkung, berurut, penjagaan luka dan sebagainya
Pengurusan anak-anak lain
Sebaiknya sediakan rutin jadual untuk sepanjang tempoh berpantang dan bahagikan tugasan dengan suami.
Biasanya untuk beberapa minggu pertama, kerjasama suami amat penting dalam melakukan semua tugasan ini.
Pada permulaannya, mungkin akan sedikit kelam-kabut, ini kerana anda memerlukan masa untuk mendapatkan rentak yang betul.
2. Sediakan menu makanan
Sama seperti tadi, anda juga disarankan untuk menyediakan menu berpantang untuk sepanjang tempoh berpantang. Anda harus mengetahui jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan.
Pastikan juga senarai barangan dapur yang mungkin diperlukan turut disenaraikan. Ini bagi memudahkan anda tanpa perlu merunsingkan diri memikirkan menu makanan.
Bahkan dengan senarai ini juga akan memudahkan tugasan suami untuk membelikan barangan dapur. Dalam masa sama, sediakan juga menu untuk keluarga yang lain.
Kalau ingin memudahkan lagi tugasan, apatah lagi jika perlu berpantang sendiri dengan anak kecil, sebelum bersalin, bakal ibu boleh menyediakan stok makanan berpantang seperti serunding halia atau sebarang lauk sejuk beku (frozen).
3. Persediaan mental & emosi
Elakkan daripada memikirkan bahawa berpantang secara sendiri ini adalah sesuatu yang susah, memenatkan atau apa sahaja yang negatif. Sebaliknya, anda harus berfikiran positif dan yakin bahawa diri mampu melakukannya.
Tidak dinafikan ada masanya anda mungkin berasa letih, tidak cukup tidur dan stres. Jika ia berlaku, jangan pendamkan. Ini penting bagi mengelakkan risiko mengalami kemurungan selepas bersalin.
Sebaliknya kongsikan kepada pasangan anda, agar mereka dapat memahami keadaan dan cuba untuk membantu.
Kesilapan yang perlu dielakkan
Sudah tentu apabila perlu berpantang di rumah tanpa ditemani ibu atau ahli keluarga lain, pastinya wujud cabaran berpantang sendiri. Biasalah apabila semuanya harus dikawal sendiri, kita akan mempunyai kecenderungan untuk mengambil mudah sesuatu perkara.
Antara kesilapan yang perlu dihindari ibu semasa berpantang adalah:
1. Mengabaikan kesakitan
Ketika berpantang, badan memang akan mudah untuk jatuh sakit. Walaupun anda perlu menjaga diri sendiri, itu tidak bermakna kesakitan yang dirasai harus diabaikan.
Beberapa masalah kesihatan selepas bersalin yang mungkin dialami seperti:
* Jahitan luka pembedahan terbuka
* Pendarahan berlebihan
* Sakit kepala
* Bengkak susu
Sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor jika wujud sebarang kebimbangan mengenai keadaan diri bagi mendapatkan lebih kepastian.
2. Kurang minum air
Kalau ikutkan cara orang dulu-dulu, sepanjang tempoh berpantang, ibu-ibu dilarang untuk minum terlalu banyak air. Tetapi hakikatnya, pengambilan air kosong amat penting bagi mencegah diri terhidrat. Bahkan air yang mencukupi dapat membantu dalam penghasilan susu badan dan menghindari masalah sembelit – keadaan yang sering dialami ibu selepas bersalin.
3. Elak lakukan banyak kerja
Cuba untuk meminimumkan kerja yang anda perlu lakukan. Jika perlu, hanya lakukan tugasan ringan dan mudah seperti memasak sekali sehari. Manakala tugasan rumah lain, tangguhkan sebentar atau minta bantuan suami mahupun anak yang lebih dewasa untuk membantu.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
JOM DAFTAR SEGERA DI https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-baby-merangkak-
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Hello Doktor
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source