Anak luah rindu, mohon bapa kembali selepas terjatuh jambatan
Baru-baru ini, tular berita mengenai seorang lelaki terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dalam kejadian pada Isnin.
Difahamkan, sehingga kini mangsa Norhisyam Ismail, 43 masih belum ditemui oleh pasukan penyelamat yang sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat.
@itsmetasyaa.__ Rindu soro papa cepat timbul pa kakak ,adik2 mama gp nk kucup pa🥰
Menerusi beberapa perkongsian di TikTok, anak kepada mangsa dikenali sebagai Tasha ada membuat hantaran di TikTok berharap agar bapanya ditemui.
Artikel lain: Lelaki dakwa CR-V baru dibeli keluar bunyi bising, tapi Honda enggan baiki?
Pada perkongsian pertama, Tasya memuat naik video kompilasi mereka sekeluarga bersama kapsyen menyatakan kerinduan terhadap bapanya.
“Rindu suara papa. Cepat timbul papa, kakak, adik-adik dengan mama nak kucup papa,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Norhisyam ditemui selain memberikan kata-kata semangat buat Tasya dan keluarganya.
Semoga tabah
Semoga dipermudahkan urusan
Banyakkan bertenang
Doakan yang baik-baik
Semoga cepat ditemui
Banyak istighfar
Berat ujian ni
Dalam satu muat naik lain, Tasya berkongsi beberapa foto perbualan antara bapa dan ibunya yang menunjukkan mangsa seolah-olah meluahkan perasaan.
Pada perbualan yang tidak diketahui tarikh itu, isteri Norhisyam yang dikenali sebagai Ida sedang memberikan kata-kata semangat buat suaminya.
Menerusi ruangan kapsyen, Tasya menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapanya sentiasa berbincang sekiranya mereka menghadapi masalah.
Tasya juga berkongsi bahawa bapanya sedang sakit namun tidak memberikan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan.
Anak mohon bapa kembali selepas terjatuh jambatan
“Papa dan mama saya sangat caring. Kalau ada apa-apa bincang elok-elok. Mama sayang sangat dekat papa. Papa pun kadang-kadang sweet sangat depan anak-anak.
“Sejak papa sakit, mama lah yang selalu bagi kata-kata semangat kat dia, tapi tak tahulah kenapa tiba-tiba papa tinggalkan kami macam ini.
“Kami rindu papa. Dekat rumah terngiang-ngiang lagi suara papa. Cepatlah jumpa papa, nak peluk,” tulisnya.
Terdahulu, Norhisyam yang juga peniaga kosmetik dilaporkan terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra dan dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan.
Menurut laporan, Norhisyam sempat menghubungi bapa mentua dan meminta untuk mengambil keretanya yang rosak di lokasi kejadian.
Namun begitu, sejurus tiba di lokasi, bapa mentuanya mendapati Norhisyam sudah tiada malah saksi kejadian memaklumkan mangsa sudah tenggelam timbul dalam sungai.
Sumber: TikTok @tasyahisyam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source