Bukan senang siasat individu berprofil tinggi, kata PM
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim mengakui bukan senang untuk menyiasat individu berprofil tinggi atas dakwaan rasuah.
Perdana menteri berkata, “aneh” apabila siasatan dibuat terhadap individu berkenaan ditentang, selain menimbulkan kemarahan.
“Sepatutnya you (anda) sokong, bukan senang tahu mahu siasat itu. Siasat ketua kampung, cikgu sekolah Tamil lebih senang, siasat orang besar yang curi duit you (anda) ingat senang?
“Tak senang tapi oleh kita kena jaga negeri, jangan bagi orang curi harta rakyat, tolong rakyat,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan, di Padang Chetey.
Anwar terus menegaskan akan berterusan memburu apa disifatkannya “penjahat” dan tidak akan menghiraukan apa jua rintangan.
“Kita mahu menjaga negara ini, jangan bagi orang mencuri harta rakyat. Kita mahu menolong rakyat dan ‘we will go after the crooks, I don’t care’,” katanya.
Anwar bagaimanapun tidak menamakan siapa individu bergelar Tun yang disiasat.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Daim Zainuddin disiasat berdasarkan maklumat Kertas Pandora sejak Februari 2023, selain turut memanggil beberapa individu termasuk ahli keluarga bekas menteri kewangan itu memberi keterangan.
Dalam ucapannya juga, Anwar mengingatkan pemimpin India supaya tidak terbawa-bawa dengan sentimen melampau yang tidak menguntungkan negara.
Perdana menteri berkata, semua kaum ketika ini membuat tuntutan agar masalah mereka diselesaikan segera oleh kerajaan.
“Ada di kalangan kaum saya sendiri menyerang kita mengatakan (kerajaan) tidak adil. (Tetapi) saya tidak mahu jawab.
Saya hanya mahu ceritakan apa yang kita lakukan. Kemiskinan di Klang misalnya, kita mahu tumpukan itu, kita nak menjaga nasib-nasib rakyat dengan menoktahkan kemiskinan tegar,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source