Tyzo hanya minta kenaikan gaji RM500, anggap disingkirkan seperti penjenayah
Bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander menyatakan hanya minta kenaikan gaji RM500 sahaja pada Ogos walaupun pihak pengurusan tidak bersetuju dan dia juga berlapang dada menandatangani kontrak baru pada September tahun lalu.
Pihak pengurusan anggap Tyzo dah tak berminat
Memetik laporan dari Berita Harian, Tyzo juga menafikan dakwaan Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media petang tadi mengatakan dirinya sudah tidak berminat untuk bersama Suria FM.
Tyzo hanya minta kenaikan gaji RM500, pengurusan tak setuju
Ujar pemilik nama sebenar, Tuah Zulqarnain Idris, 48, kebiasaannya pihak pengurusan akan bertanya pada saat akhir kira-kira seminggu sebelum kontrak tamat sama ada ingin meneruskan ataupun sebaliknya.
Tetapi dia terkejut apabila pihak pengurusan stesen radio terbabit membuat kesimpulan bahawa dirinya tidak berminat lagi bersama Suria FM hanya kerana tidak memaklumkan dua bulan sebelum kontrak tamat.
“Mereka buat kesimpulan saya tak berminat hanya sebab saya tak ‘update’ pihak pengurusan, sedangkan sebelum ini seminggu sebelum kontrak tamat barulah mereka akan tanya dan sambung kontrak.
“Tapi, lain pula cerita kali ini? Sebelum ini, kontrak Sharifah Shahirah diperbaharui enam bulan sekali, tapi kenapa bila giliran saya terus buat kesimpulan saya tak berminat?
“Saya mengaku ada minta naikkan gaji RM500 walaupun pihak pengurusan tak bersetuju. Namun, saya tetap tandatangani kontrak pada September lalu.
Jika besar kepala atau diva, saya takkan tandatangani kontrak walaupun syarikat nak naikkan gaji,” katanya.
Tyzo hanya minta kenaikan gaji, tapi diperlakukan seperti penjenayah
Dalam pada itu, Tyzo turut meluahkan rasa terkilan apabila dia seakan diperlakukan seperti seorang penjenayah apabila cara disingkirkan daripada stesen radio Suria FM sangat tidak profesional.
Dia telah dikeluarkan dari kumpulan WhatsApp sebelum melangkah keluar dari bangunan pejabat Suria FM lagi sedangkan penyampai radio sebelum ini tidak pernah diperlakukan sebegitu rupa.
“Bukan itu sahaja, beberapa segmen yang sudah dirakamkan dan sepatutnya disiarkan pada hari terakhir saya turut dipadamkan.
“Saya tertanya-tanya kenapa diperlakukan sebegitu, adakah saya penjenayah?,” ujarnya lagi.
Artikel lain: Minta sambung kontrak enam bulan sahaja, pengurusan anggap Tyzo tidak lagi berminat
Letak kesalahan di bahu dua individu
Walau bagaimanapun, dia mengatakan bersedia untuk kembali ke stesen radio berkenaan kerana sangat menyayangi Suria FM.
Dia juga sedia berdamai dengan pihak pengurusan namun meletakkan kesalahan tersebut di bahu Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin dan Pengurus Program, Jay Jay atas penamatan kontraknya itu.
Menurut Tyzo, kedua-dua individu itu menjadi ‘mastermind’ diatas penamatan kontraknya dan salah seorang telah bertindak sebagai penasihat manakala seorang lagi membuat keputusan.
“Saya masih mengharapkan dapat kembali ke Suria FM walaupun dengan apa diperlakukan kepada saya. Ini kerana saya sayangkan Suria FM.
“Saya tiada masalah untuk berdamai, cuma DJ Lin dan Jay Jay harus dipersalahkan dalam soal ini.
“Saya tak salahkan Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group dan Pengerusi Star Media Radio Group, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse kerana beliau tidak tahu apa-apa, hanya dengar dari mulut mereka,” dedahnya.
Terdahulu, tular di media sosial satu video rakaman siaran langsung sewaktu hari terakhir Tyzo keudara di Suria FM. Dia juga telah mengucapkan “terima kasih diatas penganiayaan” kepada DJ Lin sehingga individu tersebut teruk dikecam netizen.
Namun, menerusi sidang media Suria FM sewaktu memperkenalkan penyampai baharu, pihak pengurusan memaklumkan penyampai radio segmen Suria Cinta itu menjadi mangsa keadaan.
Sumber: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source