Individu bangga lahir dengan ‘stoic’, tak nangis & keluar darah merah perjuangan
Tular sebuah video memaparkan seorang individu elaki bangga bercerita mengenai kelahirannya di muka bumi ini dalam keadaan yang disifatkan stoicism.
Menerusi video tular, lelaki berkenaan menceritanya dirinya dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dalam keadaan diiringi darah merah yang disifatkan darah perjuangan.
Malah, dia turut bangga dilahirkan tanpa tangisan selain yakin dirinya dilahirkan dari rahim ibunya berserta sifat stoicism iaitu sebuah falsafah yang dipopularkan oleh Marcus Aureliu.
“Aku lahir dengan stoicism. Tak tahu stoic? Satu falsafah yang dipopularkan oleh Marcus Aurelius. Aku lahir, aku tak nangis. Aku lahir dengan stoic.
“Ya, aku lahir tu aku boom, aku spawn. Daripada mak aku, aku lahir dengan stoicism dengan Marcus Aurelius mood… dan aku lahir dengan darah, darah perjuangan,”ujarnya.
Artikel lain: Sakit bersalin czer belum hilang, wanita lahir anak kedua selepas 11 bulan
Dia turut meminta orang ramai untuk membayangkan dirinya sebagai seorang manusia yang dilahirkan dalam keadaan demikian iaitu lahir dengan diiringi darah perjuangan berwarna merah.
Ujarnya, darah merah tersebut disimbolkan sebagai perjuangan hidup untuk menawan kehidupan tujuh benua.
Minta jalani pemeriksaan mental
Hantaran video tersebut telah mengundang pelbagai kritikan dalam kalangan warganet dengan menyatakan individu berkenaan perlu mendapatkan bantuan terutama diminta membuat pemeriksaan kesihatan mental.
Ini termasuklah seorang doktor perubatan, Dr Khairul Hafidz Alkhair meminta individu berkenaan menjalani pemerikaan kesihatan mental bagi memastikan ‘DMA Islam’ berkenaan dalam keadaan sihat.
“Kamu adalah orang yang berpengaruh dan ramai anak muda yang percaya dengan apa yang kamu kata. Jadi, saya bimbang dengan perkataan yang keluar dari mulut kamu.
“Mohon buat pemeriksaan oleh doktor, dan jika tiada apa-apa, tunjukkan bukti kepada semua kamu telah diperiksa oleh doktor pakar.
“Jadi masa itu barulah saya yakin kamu sedang troll atau dalam sesuatu watak. Mohon untuk melakukan pemeriksaan segera,”tulisnya secara terbuka di laman X miliknya.
Dalam pada itu, Dr Khairul Hafidz juga menjelaskan adalah normal jika seseorang itu dilahirkan dengan darah, namun tidak bagi mereka yang lahir tanpa tangisan.
Jelasnya, keadaan fizikal bayi baru lahir akan dinilai dengan menggunakan skor APGAR yang terdiri daripada lima komponen iaitu warna(A), kadar denyutan jantung (P), refleks (G), tona otot (A) dan pernafasan (R).
“Bayangkan tadi tak menangis, jadi (R) adalah 0. Jumlah dah 8, kena tengok komponen lain-lain pula. Skor APGAR akan dibuat pada saat bayi keluar, minit ke-5 dan 10 untuk melihat perkembangan keadaan bayi. Jika kekal rendah, perlu resusitasi,”katanya.
Sumber: X @khairul_hafidz, DMA Islam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source