Kesejahteraan rakyat antara empat fokus utama KPKT tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menggariskan empat fokus utama KPKT pada tahun ini.
Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata fokus pertama daripada empat fokus utama KPKT ialah mengutamakan kesejahteraan rakyat dengan menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) yang berdaya huni, selesa dan selamat.
Empat fokus utama KPKT termasuk sedia rumah mampu milik
“Kerajaan juga telah menggariskan agar kementerian menyiapkan 500,000 unit rumah mampu milik dan setakat ini 261,000 telah pun disiapkan,” katanya.
Kor Ming berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPKT di Dewan Kristal, KPKT di Putrajaya hari ini.
KPKT juga memperhebatkan lagi pelancaran rumah mampu milik yang bermodel baharu iaitu model baharu Program Perumahan Rakyat (PPR) yang setaraf dengan standard Housing & Development Board (HDB) Singapore.
“Bandar Pr1ma yang pertama di negara juga bakal dilancarkan pada bulan April ini bagi mencapai tanda aras bertaraf antarabangsa,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, untuk memastikan rancangan yang menyeluruh ini adil dan saksama, KPKT bakal memperkukuh kerangka perundangan perumahan.
“Antaranya ialah Akta Pembangunan Semula Bandar, Urban Renewal Act dan pindaan kepada Akta Bangunan Strata dan lain-lain,” jelasnya.
Seterusnya, Kor Ming berkata kementeriannya menjadikan infrastruktur fokus kedua kementerian itu bagi meningkatkan kebahagiaan rakyat.
Artikel lain: Projek Residensi Hektar Gombak masih di bawah kategori sakit – KPKT
Tahun lalu, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah berjaya menyiapkan 5,196 projek dengan peruntukkan sebanyak RM700 juta.
“Bagi tahun ini, JKT menerima peruntukkan sebanyak RM784 juta dengan sasaran projek siap tidak kuran daripada 5,000 projek,” katanya.
Pada masa yang sama, KPKT juga bakal memperhebatkan lagi inisiatif tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) di seluruh negara.
Empat fokus utama KPKT yang lain
“Pada tahun ini, kementerian bakal bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysoa (KPM) bagi memastikan tandas sekolah mencapai tahan ‘BMW’.
“Kerajaan telah membelanjakan RM1.4 bilion kepada 20 ribu sekolah di seluruh Malaysia yang mana setiap sekolah bakal menerima peruntukan sebanyak RM70 ribu,” kongsinya.
Dalam pada itu, Kor Ming berkata bahawa KPKT bakal memulakan projek tandas pintar yang mana tandas ini bakal dipasang di kawasan pelancongan tahun ini.
Perancangan bandar yang lestari dalam melaksanakan bandar pintar adalah tanggungjawab KPKT, oleh itu kementerian menjadikannya sebagai salah satu fokus utama.
“Pada tahun ini, kita bakal melaksanakan bandar pintar yang mana Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menubuhkan National Circular Economy Council (NCEC) dan bakal dipengerusikan oleh KPKT,” ujarnya.
Manakala fokus utama KPKT yang terakhir ialah mewujudkan kerajaan yang responsif disamping disenangi oleh rakyat.
“One Stop Center (OSC) bagi PBT bakal dilaksanakan pada tahun ini dengan minima 30 OSC untuk PBT.
“Selain itu, JKT juga boleh mengeluarkan memo melarang PBT untuk menebang pokok secara bersih sekiranya tidak membahayakan.
“Jika pokok itu membahayakan, maka PBT boleh menebangnta tetapi kalau sebaliknya, PBT hanya dibenarkan untuk memangkas sahaja,” jelasnya.
Foto: Utusan Malaysia
Beliau turut menyatakan bahawa kementeriannya mahu mengekalkan warisan sejarah Malaysia agar tidak dilupakan oleh generasi di masa hadapan.
“Sebagai contoh, hanya nama pada jalan baharu sahaja boleh ditukar tetapi nama bagi jalan lama tidak dibenarkan sama sekali,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source