41 tan metrik beras bernilai RM131,568 disita
Pasukan Penguat Kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB) telah menyita 41 tan metrik beras pelbagai gred yang bernilai RM131,568 di sebuah premis pada Selasa.
Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), KPB telah melaksanakan satu pemeriksaan rutin ke atas premis-premis borong dan runcit yang menjual beras di sekitar Selayang, Kuala Lumpur.
Foto hiasan
“Hasil pemeriksaan, KPB mendapati sebuah premis perniagaan telah menyimpan stok beras melebihi daripada had muatan yang dinyatakan di dalam lesen.
“KPB telah mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522} dengan menyita stok beras di premis tersebut bersama dokumen-dokumen berkaitan,” kata KPKM dalam satu kenyataan.
Artikel lain: Kesejahteraan rakyat antara empat fokus utama KPKT tahun 2024
Menurut KPKM, kes tersebut bakal disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 P.U (A) 624.
Dalam pada itu, hasil semakan mendapati ia merupakan kesalahan kali kedua yang dilakukan oleh syarikat berkenaan dan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan kedua sekiranya didapati bersalah.
Foto hiasan
Sementara itu, KPB mengingatkan kepada semua pemegang lesen supaya mematuhi perundangan di bawah Akta 522 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras 1996.
“Tindakan tegas akan diambil sekiranya pemegang lesen gagal mematuhinya,” ujar KPKM.
41 tan metrik beras bernilai RM131,568 disita
Selain itu, orang awam juga disarankan untuk menyalurkan aduan atau maklumat secara rasmi kepada Kementerian sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang berkaitan padi dan beras.
Orang awam boleh membuat aduan di portal aduan KPB, atau menghantar e-mel kepada KPB di [email protected] atau hubungi Hotline Ibu Pejabat KPB Putrajaya di talian 03-8870 1751/1748/1183.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source