Bahayanya Ulat Bulu Laut Ni!
Kalau korang jalan-jalan ke pantai di sekitar Terengganu. Sekarang ni, korang mungkin akan terjumpa ulat bulu laut, bukan DMA Islam.
Bahaya ke ulat bulu laut ni?
Amphinome rostrata, nama saintifik bagi ulat bulu laut ni dikatakan hanyut ke pantai akibat arus kuat semasa Monsun Timur Laut. Dia melekat pada benda hanyut seperti sisa kayu dan sampah laut.
Menurut Prof Madya Dr Izwandy Idris dari UMT, ulat bulu laut ni salah satu spesies cacing laut tapi serupa dengan ulat bulu sebab ada struktur seperti kuku yang dikenali sebagai chaetea pada badannya.
Chaetae ni tajam tapi rapuh dan senang sangat nak melekat ke kulit apabila disentuh.
Ulat bulu laut ni ada kelenjar berbisa yang boleh memasuki badan menerusi luka disebabkan tusukan chaetae. Selain tu, ia pun boleh menyebabkan bengkak dan gatal-gatal sekiranya dipegang.
Paling buruk, ia turut boleh menyebabkan lumpuh dan kematian kalau mangsa ada alah dengan toksin.
Nelayan selalu terjumpa ulat bulu laut ni terperangkap di dalam pukat dan sekali sekala tersangkut pada umpan ikan dan udang mereka.
Musim mengawan ulat bulu laut ni antara bulan April hingga Mei setiap tahun dan ulat bulu laut boleh dilihat berenang di dasar laut pada waktu malam.
Kalau korang disengat, bilas bahagian badan yang terkena sengatan dengan cuka (asid asetik) atau alkohol isopropil 70%.
Kemudian tarik keluar duri halus yang terbenam pada kulit guna penyepit kecil atau pita pelekat.
Dan terakhir, segera ke pusat kesihatan terdekat untuk rawatan lanjut kalau-kalau ada gejala-gejala lain disebabkan sengatan tu.
Sebagai pencinta gadis pantai timur, tolonglah berhati-hati bila ke pantai. Tak memasal ada yang menggatal, eh silap, gatal-gatal.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA terbitan kami! Link pembelian: https://shope.ee/4KtY6RfzYf
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source